Anwar balas sindiran Ahmad Zahid dengan istilah 'Guru, Slayyy'

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 12:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Anwar balas sindiran Ahmad Zahid dengan istilah 'Guru, Slayyy'
Tangkap layar hantaran Perdana Menteri di laman Facebooknya pada Jumaat.

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membalas secara berseloroh sindiran Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan menggunakan istilah 'Guru' dan 'Slayyy' dalam hantaran terbaharu di laman Facebook rasmi beliau.

Anwar yang selamat tiba di New Delhi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS Ke-18, menggunakan kedua-dua istilah itu ketika mengemas kini maklumat mengenai misi diplomatik negara kepada rakyat Malaysia.

"Alhamdulillah Guru selamat tiba di New Delhi, India untuk membawa nama negara di pentas dunia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.

"Doakan misi diplomasi negara ini mencapai matlamatnya. Semoga anak didik dapat belajar dari Guru cara Diplomasi Madani diterjemahkan. Slayyy," katanya dalam hantaran berkenaan.

Hantaran berseloroh itu dipercayai sebagai respons kepada ucapan dasar Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang berlangsung pada hari sama di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Dalam ucapan dasarnya, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menyindir beberapa dasar kerajaan berkaitan isu percukaian dan ketidakpastian ekonomi, selain berulang kali merujuk kepimpinan Kerajaan Perpaduan secara kiasan sebagai 'guru'.

Penggunaan perkataan 'guru' itu merujuk kepada trend dan meme tular di media sosial tempatan yang sering digunakan netizen ketika memberikan nasihat atau sindiran secara berkias.

Selain itu, Ahmad Zahid turut mencuri tumpuan apabila menggunakan bahasa slanga Generasi Z (Gen-Z) ketika menyeru perwakilan muda membawa idea baharu ke dalam parti.

Tindakan Anwar menggunakan semula perkataan 'Guru' dan 'Slayyy' dalam hantaran rasminya dari New Delhi dilihat sebagai bentuk maklum balas diplomasi mesra dan sindiran humor antara dua pemimpin tertinggi negara berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved