Diskaun 30% tiket ekonomi ECRL sempena pembukaan pada 12 Dis – Loke

LocalSales & Promo
20 Oct 2026 • 3:48 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Diskaun 30% tiket ekonomi ECRL sempena pembukaan pada 12 Dis – Loke

Malaysia Rail Link tawar diskaun 30 peratus bagi tiket kelas ekonomi ECRL selama sebulan bersempena pelancaran perkhidmatan pada 12 Disember ini, kata Anthony Loke.

KUALA LUMPUR: Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) akan menawarkan diskaun 30 peratus bagi tiket kelas ekonomi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) selama sebulan bersempena dengan pembukaan perkhidmatan itu pada 12 Dis ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata tawaran berkenaan adalah untuk orang ramai yang tidak menikmati tambang konsesi dan bukan potongan tambahan kepada tiket konsesi sedia ada.

“Operasi ECRL disasarkan bermula pada 12 Dis ini, manakala penjualan tiket akan dibuka tidak lama lagi. Tetapi untuk orang ramai, ini hanya untuk diskaun bersempena dengan pembukaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Pengangkutan Asia (TXA) 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Beliau berkata penetapan tambang ECRL mengambil kira kemampuan pengguna serta kemampanan operasi syarikat.

Sementara itu, Loke berkata operasi kargo ECRL bagi jajaran Gombak-Kota Bharu akan bermula serentak dengan perkhidmatan penumpang yang disasarkan pertengahan Disember ini.

Bagaimanapun, beliau berkata perkhidmatan kargo itu belum dapat dihubungkan ke Pelabuhan Klang kerana pembinaan jajaran Gombak-Pelabuhan Klang masih berjalan dan dijangka mengambil masa kira-kira setahun lagi untuk disiapkan.

Loke berkata MRL akan meneliti kadar caj pengangkutan kargo berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata kadar tambang untuk Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura dijangka diumumkan secara bersama menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata pengumuman itu akan dibuat sebelum perkhidmatan berkenaan mula beroperasi, yang dijangka pada Februari tahun depan.

Beliau berkata orang ramai akan diberikan masa yang mencukupi untuk membiasakan diri dengan kadar tambang itu sebelum perkhidmatan berkenaan memulakan operasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved