Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ramai orang khususnya warga Pantai Timur yang tidak sabar untuk menggunakan perkhidmatan tren Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Pembelian Tiket Ekonomi Akan Nikmati Diskaun 30% Bulan Pertama Beroperasi
Terbaharu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan ECRL dijangka akan beroperasi pada 12 Disember ini.
Jelasnya, pengguna tren ECRL akan menikmati diskaun sebanyak 30% bagi tiket kelas ekonomi sepanjang bulan pertama beroperasi.
“Penjualan tiket dijangka dibuka tidak lama lagi sebelum pelancaran.
“Sempena pembukaan ECRL, diskaun 30% akan diberikan kepada orang ramai bagi semua tiket kelas ekonomi selama sebulan bermula dari tarikh operasi,” katanya yang dipetik dari Berita Harian.
Difahamkan, tambang kelas ekonomi bagi perkhidmatan ECRL dari Gombak ke Kota Bharu, Kelantan sejauh 523 kilometer ini bermula dengan harga RM125 manakala RM147 bagi perkhidmatan ekspres untuk laluan sama.
Kumpulan Penumpang ECRL Tertentu Turut Dapat Diskaun 50% & 40&
Bukan hanya tiket kelas ekonomi sahaja, kumpulan penumpang tertentu juga turut menikmati diskaun konsesi sebanyak 50%.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak, golongan yang layak menikmati diskaun 50% ECRL adalah:
- Kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun
- Warga emas warganegara Malaysia yang berusia 60 tahun ke atas
- Pemegang kad OKU
- Pesara kerajaan
Manakala, pelajar yang berusia 13 sehingga 24 tahun, layak mendapat diskaun sebanyak 40%.
Berdasarkan infografik yang dikongsikan di Facebook Kementerian Pengangkutan (MOT), tiket ECRL dijangkan akan mula dijual pada pertengahan November ini dengan tiga pilihan kelas perkhidmatan iaitu ekonomi, ekonomi premium dan perniagaan.
ECRL Tawar Perkhidmatan Transit & Ekspres
ECRL turut menawarkan perkhidmatan transit atau ekspres buat pengguna dengan kapasiti tren sehingga 425 penumpang kelas ekonomi dan 409 penumpang bagi kelas perniagaan dan ekonomi premium.
Malah, sebanyak 12 perjalanan sehari bagi Isnin sehingga Khamis manakala 16 perjalanan sehari bagi Jumaat sehingga Ahad.
Ini antara senarai tambang kelas ekonomi bagi perkhimatan ECRL transit dan ekspres;
| Perjalanan | Tambang Perkhidmatan Transit (RM) | Tambang Perkhidmatan Ekspres (RM) |
| Gombak – KotaSAS | Bermula serendah RM60 | Bermula serendah RM68 |
| Gombak – Kuala Terengganu | Bermula serendah RM95 | Bermula serendah RM110 |
| Gombak – Kota Bharu | Bermula serendah RM125 | Bermula serendah RM147 |
Kadar Tambang Kelas Ekonomi Bagi Perkhidmatan Transit ECRL

Baca Artikel Berkaitan:
Balik Kampung Kini Lebih Mudah! Ketahui 6 Cara ECRL Ubah Cara Rakyat Malaysia Mengembara



