Diskaun RM1,000 masa terhad untuk telefon gaming ROG Phone 6 edisi Batman dan Diablo Immortal

Digital
9 Mar 2023 • 12:01 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Asus telah mengeluarkan beberapa edisi khas untuk telefon pintar gaming mereka, ROG Phone 6. Antaranya adalah edisi Batman dan edisi Diablo Immortal yang hadir bersama aksesori eksklusif tambahan. Kini, Asus Malaysia menawarkan telefon ini dengan diskaun besar RM1,000 untuk masa terhad.

Tawaran potongan harga RM1,000 untuk ROG Phone 6 Edisi Batman dan Diablo Immortal disediakan mulai 3 hingga 31 Mac 2023. Harga selepas diskaun adalah seperti berikut:

  • ROG Phone 6 Edisi Batman (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM4,799 RM3,799
  • ROG Phone 6 Edisi Diablo Immortal (RAM 16GB + Storan 512GB) – RM4,999 RM3,999

Telefon dengan harga lebih murah ini boleh didapati daripada pengedar sah Asus ROG termasuk di Stor Online Asus Malaysia, Lazada dan Shopee:

Dengan harga promosi ini, bezanya dengan edisi biasa menjadi sangat kecil. Rujuk harga edisi biasa yang tidak ada promosi sekarang di bawah ini:

  • ROG Phone 6 (RAM 12GB + Storan 256GB) RM3,599
  • ROG Phone 6 (RAM 16GB + Storan 512GB) RM4,399
  • ROG Phone 6 Pro (RAM 18GB + Storan 512GB) RM4,999

  • ROG Phone 6D (RAM 12GB + Storan 256GB) RM3,499
  • ROG Phone 6D Ultimate (RAM 16GB + Storan 512GB) RM4,999

Keunikan Edisi Batman dan Diablo Immortal

Telefon gaming Asus ROG Phone 6 Edisi Batman sangat mirip dengan ROG Phone 6 biasa, dengan skrin dot LED di belakang yang membentuk logo ROG dan Batman. Tetapi ia dikuasakan cip Mediatek Dimensity 9000+ yang serupa dengan ROG Phone 6D.

Edisi khas Batman di Malaysia ini datang bersama RAM LPDDR5X 12GB yang lebih baru serta storan UFS3.1 256GB yang super pantas. Ia dihiasi dengan pelbagai rekaan bertemakan kelawar, antaranya di kotak telefon, logo Aura RGB di belakang serta aksesori khas iaitu pin dulang kelawar, sarung telefon Batman, beg simpanan kalis air dan paling menarik, lampu pemancar kelawar mini.

Bagi Edisi Diablo Immortal pula, ia memiliki kuasa Snapdragon 8+ Gen 1 yang lebih digemari ramai, RAM LPDDR5 16GB dan storan UFS 3.1 512GB. Tetapi di belakangnya tiada lagi skrin notifikasi ataupun LED Dot Matriks. Ia digantikan dengan hiasan watak Diablo serta logo ROG dan Diablo Immortal.

Di dalam telefon pula, ia dibekalkan dengan pelbagai aset digital bertemakan Diablo seperti kertas dinding beranimasi, animasi panggilan masuk dan animasi mengecas. Apabila kotak ekslusif edisi Diablo dibuka, di sebelah kanan adalah peta Diablo dalam rupa seperti kulit yang menyimpan kabel USB-C serta pengecas 65W. Peta ini mengandungi maklumat rahsia yang timbul jika dipancar cahaya UV.

Kotak menyimpan telefon pula direka seperti 'Soulstone' yang mengurung Diablo. Selain telefon, ia turut datang bersama jarum pembuka dulang emas bertemakan Diablo Immortality. Aksesori lain yang diberikan adalah sarung telefon bertemakan Diablo, lampu suluh UV "Fahir's Light".

Bacaan Berkaitan