Disney Juga Membubarkan Bahagian Metaverse Untuk Mengurangkan Kos Operasi Syarikat

TechnologyDigital
28 Mar 2023 • 1:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Disney hari ini telah mengesahkan bahawa mereka akan membuang seramai 7000 pekerja untuk mengurangkan kos operasi syarikat tersebut sepanjang dua bulan ini.

Laporan-laporan juga nampaknya telah mengesahkan bahawa Disney akan membubarkan bahagian Metaverse syarikat tersebut sebagai sebahagian daripada operasi ini. Bahagian Metaverse ini terdiri daripada para pekerja yang sepatutnya membangunkan cara penceritaan generasi baru menggunakan konsep metaverse dan realiti maya untuk memperkenalkan cara penceritaan dan menikmati kandungan yang baru.

Menurut laporan Wall Street Journal, bahagian Metaverse ini terdiri daripada 50 individu yang dikepalai oleh Mike White. Kesemua 50 individu ini nampaknya tidak lagi akan mempunyai pekerjaan tidak lama lagi, tetapi Mike White dilaporkan masih akan dikekalkan oleh Disney.

Seperti yang dilaporkan, Disney dilaporkan akan membuang sehingga 7000 pekerja menjelang musim panas ini, dan ia dilihat bahawa syarikat tersebut akan mahu mengurangkan kos operasi sehingga $5 bilion dalam waktu tersebut.