Disney Mula Membuang 7000 Pekerja Secara Berperingkat Bermula Minggu Ini

TechnologyDigital
28 Mar 2023 • 11:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Syarikat-syarikat konglomerat dilihat sekali lagi membuang pekerja sebagai satu cara untuk mengurangkan kos operasi mereka, dan kali ini tiba giliran Disney pula dengan pengumuman bahawa mereka akan membuang seramai 7000 pekerja secara berperingkat.

Bob Iger, CEO Disney pada minggu ini telah mengumumkan bahawa sejumlah pekerja akan diberhentikan bermula minggu ini. Disney mempunyai sekitar 220 ribu pekerja, dimana 166 ribu daripadanya berada di Amerika Syarikat sahaja.

image is not available

Pusingan pertama pemecatan akan berlaku pada minggu ini, dimana pengurus-pengurus Disney akan mengumumkan butirannya kepada pekerja-pekerja yang terkesan. Pusingan kedua pemecatan pula akan berlaku pada bulan April yang dikatakan ialah pusingan pemecatan yang terbesar dan melibatkan beberapa ribu pekerjaan, dan pusingan ketiga pada musim panas kelak.

Pemecatan 7000 pekerja ini dilihat sebagai cara untuk Disney mengurangkan kos operasi sebanyak $5.5 bilion yang termasuk perbelanjaan $3 bilion dalam kandungan, berkemungkinan besar berkaitan dengan perkhidmatan penstriman kandungann Disney+ mereka.