Model AI Nano Banana Pro Dilancarkan Untuk Janaan Imej Lebih Tepat dan Konsisten

Technology
21 Nov 2025 • 12:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google melancarkan model kecerdasan buatan (AI) terkini Nano Banana Pro yang boleh menjana imej dengan lebih tepat, konsisten dan kompleks. Nano Banana Pro adalah penambahbaikan kepada Nano Banana yang dilancarkan hanya beberapa bulan lalu. Nano Banana Pro adalah berasaskan Gemini 3 Pro oleh itu kemampuannya dipertingkatkan lagi.

image is not available

Nano Banana Pro boleh menghasilkan imej infografik dan tutorial yang terperinci kerana ia boleh menggunakan maklumat yang diambil daripada Google Search. Oleh itu resipi makanan yang tepat akan digunakan dalam imej yang dijana bukan sekadar halusinasi seperti model-model AI lain.

Nano Banana Pro turut boleh menjana teks yang tepat dengan imej yang dijana. Sebagai contoh label pada pakej makanan boleh diubah daripada satu bahasa ke bahasa yang lain berdasarkan imej yang dimuat naik oleh pengguna.

image is not available

Janaan lebih konsisten juga mampu dilakukan menggunakan sehingga 14 gambar yang digunakan sebagai rujukan. Kawalan janaan lebih profesional ditambah dengan kawalan nisbah, sudut kamera, fokus dan mengubah gred warna.

Nano Banana Pro boleh digunakan hari ini menerusi aplikasi Gemini oleh pengguna percuma, Plus, Pro, dan Ultra. Setiap pengguna boleh menjana imej dengan had harian mengikut tahap langganan mereka.