Disney Umum Kerjasama Dengan Adobe Untuk Pembangunan Model AI Khusus

WorldTechnology
10 Nov 2026 • 7:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Disney Umum Kerjasama Dengan Adobe Untuk Pembangunan Model AI Khusus

Disney hari ini mengumumkan kerjasama dengan Adobe, dimana kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam membangunkan model AI janaan yang boleh digunakan oleh Disney rentas perniagaan mereka. Langkah ini juga dijangka akan membolehkan Disney mempercepatkan lagi garis masa pembangunan projek pada bahagian Disney Experiences yang memfokuskan taman tema.

Image from: Disney Umum Kerjasama Dengan Adobe Untuk Pembangunan Model AI Khusus

Pembangunan model ini juga dijangka mempercepatkan Disney bereksperimen dengan konsep berbeza, dan pada masa yang sama turut menggunakannya untuk meningkatkan interaksi dalam kalangan peminat sukan di ESPN.

Adobe sedia menawarkan Adobe Firefly Foundry yang membolehkan perusahaan membangunkan model AI mereka tersendiri. Langkah ini juga dilihat akan memastikan hak cipta dan kandungan setiap syarikat lebih terjaga dan tidak diakses pihak lain.

Untuk makluman, sebelum ini Disney pernah umum kerjasama dengan OpenAI untuk kerjasama, namun perjanjian berkenaan dibatalkan sebaik sahaja OpenAI menamatkan aplikasi Sora. Sebelum ini, Disney turut menyasarkan untuk membawa kandungan janaan AI ke perkhidmatan penstriman mereka, Disney+.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved