“Jelas, Ia ’Soft P*rn’. Suara Manja, Gaya Menggoda” – ‘Influencer’ Muslimah Terima Teguran Ustazah Asma’ Harun, Tampil Mohon Maaf

24 Jun 2024 • 2:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular trend di TikTok dipanggil ‘dekat dengan Fatin’ di mana ramai membuat parodi daripada video pempengaruh muslimah, Fatin Nabila yang mengajak penonton dekat dengan skrin.

Ia mendapat perhatian pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun yang menegur tindakan pempengaruh terbabit tentang etika berdakwah.

Suara yang lembut manja pun dilarang, ini pula dengan gaya menggoda dan wajah didekatkan dengan skrin.

image is not available

image is not available

 

Terima teguran, mohon maaf

Tidak melatah, Fatin Nabila turut tampil membuat permohonan maaf dan berterima kasih atas teguran diberikan kepadanya tidak kiralah yang positif mahu pun negatif.

Fatin turut menjelaskan bahawa tujuan asalnya memuat naik konten terbabit hanyalah kerana ingin memberikan nasihat kepada orang ramai namun dia sedar cara digunakan tidak sesuai dan boleh menimbulkan fitnah.

Dengan rendah diri Fatin memohon maaf kesilapan yang saya buat. Banyak sangat benda yang Fatin belajar daripada apa yang berlaku terutamanya saya akan memperbaiki dari segi suara, ekspresi muka.

image is not available 1 month ago

"Islam Sangat Meninggikan Maruah Dan Sifat Malu" - Ustazah Asma' Harun Kesal Lihat Orang Islam Sertai 'Speed Dating'