Disyaki kemuka dokumen palsu pakej perkahwinan, 3 diberkas SPRM

LocalPolitics
27 Jul 2026 • 3:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Disyaki kemuka dokumen palsu pakej perkahwinan, 3 diberkas SPRM

KUALA TERENGGANU – Tiga individu termasuk seorang bekas pengurus sebuah syarikat produk sejuk beku Terengganu ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengemukakan dokumen palsu membabitkan tuntutan kira-kira RM51,000 pada tiga tahun lalu.

Perintah reman itu dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar, Yuhanis Mohd. Roslan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Seorang suspek lelaki direman selama empat hari sehingga Khamis ini, manakala tiga hari buat dua lagi suspek wanita.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, siasatan awal mengesyaki ketiga-tiga suspek bersubahat mengemukakan tuntutan palsu berkaitan pembekalan makanan pakej perkahwinan.

“Perbuatan itu dipercayai berlaku pada Mei dan Jun 2023 melibatkan tiga transaksi pindahan wang ke akaun bank syarikat dan dua akaun bank peribadi suspek terlibat.

“Mereka berusia lingkungan 20 hingga 30-an ditahan sewaktu hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Terengganu di sini pada pukul 2 petang semalam,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Yazid yang dihubungi berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – KOSMO! ONLINE

The post Disyaki kemuka dokumen palsu pakej perkahwinan, 3 diberkas SPRM appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved