Bekas pengurus syarikat, dua wanita direman SPRM disyaki kemuka tuntutan palsu

LocalPolitics
27 Jul 2026 • 2:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bekas pengurus syarikat, dua wanita direman SPRM disyaki kemuka tuntutan palsu
Ketiga-tiga suspek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu bagi permohonan reman.
Image from: Bekas pengurus syarikat, dua wanita direman SPRM disyaki kemuka tuntutan palsu
Ketiga-tiga suspek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu bagi permohonan reman.

​KUALA TERENGGANU - Tiga individu termasuk seorang bekas pengurus syarikat produk sejuk beku ditahan reman bagi membantu siasatan kes mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bernilai kira-kira RM51,000.

​Perintah reman dikeluarkan Majistret Yuhanis Mohd Roslan di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu.

​Suspek lelaki dikenakan perintah reman selama empat hari sehingga 30 Julai, manakala dua lagi suspek wanita direman selama tiga hari sehingga 29 Julai.

**media[3596173]**

​Menurut sumber, kesemua suspek berusia lingkungan 20-an dan 30-an itu ditahan kira-kira jam 2 petang Ahad ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Terengganu.

​"Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek disyaki bersubahat mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu berhubung pembekalan makanan pakej perkahwinan pada Mei dan Jun 2023.

​"Tuntutan berkenaan melibatkan tiga transaksi pemindahan wang ke akaun bank syarikat serta dua akaun peribadi milik suspek terbabit," katanya.

​Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

​Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved