Ditanam Lebih 28 Tahun, Cakera Padat, Kad Pengenalan & Keratan Akhbar Lama Antara Barangan Yang Ada Dalam Kapsul Masa

13 Apr 2025 • 2:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kapsul masa yang ditanam pada tarikh 1 Oktober 1996 di Menara Kuala Lumpur akhirnya telah dibuka pada hari ini setelah 29 tahun.

Kapsul masa berkenaan telah dibuka sendiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia itu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di menara itu hari ini.

Memetik laporan Kosmo, antara barangan yang disimpan di dalam kapsul masa itu ialah setem, poster Menara KL, kad pengenalan, album gambar dan not kertas wang 2 2 Ringgit.

Selain itu, keratan akhbar lama, cakera padat VCD dan teks sajak juga turut disimpan di dalam kapsul masa Wawasan 2020 tersebut.

image is not available

Majlis pembukaan kapsul masa itu menjadi tumpuan orang ramai kerana ia akhirnya dibuka setelah hampir tiga dekad.

Tun Dr Mahathir turut menyatakan bahawa beliau sendiri tidak menyangka kapsul masa itu bakal dibuka oleh beliau sendiri setelah ia ditanam oleh negarawan tersebut pada tahun 1996.

image is not available

Kapsul masa ini telah ditanam pada tahun 1996 sempena dengan pembukaan Menara Kuala Lumpur.

Difahamkan, ia kemudiannya sepatutnya dibuka pada tahun 2020 bersempena dengan Wawasan 2020 namun ditangguhkan kerana COVID-19, lapor Sinar Harian.

Untuk pengetahuan semua, kapsul masa merupakan barang bersejarah atau warisan yang telah disimpan (lazimnya ditanam) dan kemudiannya akan dibuka selepas satu jangka masa lama untuk mengekalkan sejarah bagi tatapan generasi akan datang pada masa hadapan.

Sumber: Kosmo

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.