Ditawar gaji lebih RM500 juta, CEO baru starbucks diberi keistimewaan kerja dari rumah

21 Aug 2024 • 9:42 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Brian Niccol yang diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Starbucks yang baharu dilaporkan menerima bayaran lumayan daripada syarikat minuman kopi popular berkenaan.

Niccol dijangka dijangka menerima pakej gaji bernilai sehingga $113 juta bersamaan kira-kira RM531 juta dalam salah satu perjanjian eksekutif terbesar dalam sejarah korporat dan empat kali ganda lebih besar daripada pendahulunya.

Selain daripada itu juga, Niccol diberikan keistimewaan untuk bekerja dari rumahnya di Newport Beach, California dan diberikan seorang pembantu khas.

Dia juga diberikan keistimewaan boleh menggunakan pesawat syarikat untuk perjalanan ke ibu pejabat di Seattle jika diperlukan.

Niccol, yang akan mula memegang jawatan pada 9 September dan akan menjadi ketua eksekutif keempat dalam tempoh kurang daripada tiga tahun, berpotensi menerima pakej gaji yang besar kerana sebahagian besar pilihan saham (sejumlah besar pilihan saham yang diberikan sebagai sebahagian daripada pakej pampasan eksekutif).

Dalam pada itu, Starbucks menegaskan, pemilihan Niccol adalah pilihan yang tepat dalam mempimpin industri berkenaan yang dipercayai akan menghasilkan pulangan kewangan yang signifikan selama bertahun-tahun.

Terdahulu, Laxman Narasimhan dipecat daripada jawatan CEO yang dipegangnya selama 17 bulan ekoran didakwa syarikat berkenaan tidak memperoleh keuntungan dan menggantikannya dengan CEO dari Chipotle Mexican Grill, Brian Niccol.

Sumber: The Guardian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved