Semakan Gaji Penjawat Awam Untungkan Sektor Auto, Proton & Perodua Bakal Nikmati Permintaan Tinggi

LocalBusiness & Finance
14 Aug 2024 • 12:40 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sektor automobil, terutama Proton & Perodua bakal nikmati permintaan tinggi susulan semakan gaji perkhidmatan yang akan datang kerana 1.5 juta penjawat awam akan mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi dan lebih mudah menerima kelulusan bank.

Memetik laporan Bernama, AmInvestment Bank telah menyemak ke atas jumlah volum industri (TIV) pada 2024 kepada 750,000 berbanding 740,000 sebelum ini.

Proton & Perodua bakal nikmati permintaan tinggi

image is not available

Foto: The Egde Malaysia

“Gaji yang lebih tinggi secara automatik bermakna nisbah keberhutangan yang lebih baik dan kami percaya pembiaya pinjaman kereta dengan senang hati akan meluluskan permohonan pinjaman baharu,” katanya.

Dalam pada itu, bank pelaburan berkenaan juga berkata Perodua dan Proton adalah antara jenama kenderaan yang bakal terima permintaan tinggi kerana ia jenama yang popular dalam kalangan penjawat awam.

“Kami yakin Perodua serta Proton akan menikmati permintaan yang lebih besar memandangkan mereka merupakan jenama paling popular dalam kalangan penjawat awam,” ujarnya.

image is not available

Foto: Berita Harian

Bagaimanapun, AmInvestment Bank juga menyatakan jenama lain mungkin tidak akan terlalu terkesan dengan semakan gaji perkhidmatan berkenaan.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberi bayangan bahawa gaji penjawat awam akan dinaikkan sebanyak 15 peratus kepada 43 peratus menjelang penghujung tahun 2024 namun butiran akhir akan diumumkan menjelang 16 Ogos ini.

image is not available

Foto: Berita Harian

AmInvestment Bank berkata penerima manfaat utama ialah MBM Resources (yang memiliki 20 peratus dalam Perodua), Sime Darby (yang menguasai Perodua sebanyak 38 peratus) dan DRB HICOM yang mempunyai 50 peratus kepentingan dalam Proton.

Sumber: Bernama