

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan membuat pengumuman mengenai kenaikan gaji penjawat awam namun semakan gaji golongan itu akan turut menguntungkan sektor automobil.
Ini kerana 1.5 juta penjawat awam dilihat mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi dan lebih mudah menerima kelulusan bank
Menurut AmInvestment Bank, gaji yang lebih tinggi secara automatik bermakna nisbah keberhutangan adalah lebih baik .
“Kami percaya pembiaya pinjaman kereta dengan senang hati akan meluluskan pemohon pinjaman baharu.

"Kami yakin Perodua serta Proton akan menikmati permintaan yang lebih besar memandangkan mereka merupakan jenama paling popular dalam kalangan penjawat awam," katanya menerusi laporan kemas kini sektor tersebut pada Selasa, sambil menambah jenama lain mungkin tidak terlalu terkesan.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberi bayangan bahawa gaji penjawat awam akan dinaikkan sebanyak 15 peratus kepada 43 peratus menjelang penghujung tahun 2024.
Butiran akhir akan diumumkan pada Jumaat ini.

