Diterajui Gong Yoo & Seo Hyunjin, Drama ‘The Trunk’ Diberi Had Umur 18 Tahun Ke Atas

Entertainment
31 Jul 2024 • 2:46 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Tak lama lagi, Gong Yoo akan kembali menemui penonton dengan drama baru!

Untuk pengetahuan, Gong Yoo dan Seo Hyun-jin akan terajui siri Netflix baru berjudul “The Trunk”, mengisahkan tentang agensi perkhidmatan perkahwinan, yang akan mengatur kehidupan mereka dengan pasangan yang diingankan.

Terbaru, Netflix telah mengemas kini info lanjut mengenai drama tersebut, dengan meletakkan had umur untuk penonton yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.

Tambahan pula, ia mungkin akan memaparkan adegan provokatif dan menggunakan bahasa kasar, meningkatkan lagi jangkaan penonton untuk tayangan drama itu nanti.

Sementara itu, “The Trunk” dilapor akan ditayangkan pada separuh kedua tahun ini. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.