Diterajui Kim Seonho & Go Younjung, ‘Can This Love Be Translated?’ Umum Barisan Pelakon Penuh

Entertainment
27 Jun 2024 • 10:52 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Tak lama lagi, penonton akan disajikan dengan drama baru yang bakal dibintangi ramai pelakon hebat!

Terbaru, Netflix telah mengesahkan penampilan Kim Seon-ho, Go Youn-jung, Sota Fukushi, Lee E-dam dan Choi Woo-sung dalam drama baru berjudul “Can This Love Be Translated?”.

Untuk pengetahuan, “Can This Love Be Translated?” membawa kisah cinta penuh luka di mana seorang lelaki yang bekerja untuk menterjemah bahasa, berkenalan dengan seorang wanita yang bercakap bahasa cinta berlainan dengannya. Dari situ, mereka memahami dan melalui salah faham antara satu sama lain.

Dalam drama ini, Kim Seon-ho akan menemui penonton dengan wataknya sebagai Ju Ho-jin, seorang jurubahasa yang mahir dalam bahasa Inggeris, Jepun dan Itali. Manakala Go Youn-jung pula akan tampil sebagai bintang terkemuka Cha Mu-hee, seorang yang berkarisma dan yakin.

Nantikan maklumat lanjut mengenai “Can This Love Be Translated?”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.