Rating Terus Menurun, Ini Sebab Penonton Kecewa Tonton Drama ‘Dare To Love Me’

16 Jun 2024 • 10:28 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Ada tak yang tengah layan drama “Dare to Love Me” sekarang?

Diterajui Kim Myung-soo dan Lee Yoo-young, “Dare to Love Me” mengikuti seorang penulis webtoon bercita-cita tinggi yang hidup seperti masih zaman Joseon dan seorang pereka pakaian yang bersemangat bebas, yang enggan melepaskan impiannya.

Bermula dengan rating 2.3% untuk episod pertama, drama ini terus menunjukkan penurutan rating yang berterusan untuk episod seterusnya. Meninjau komen penonton, ada yang menyatakan bahawa drama ini memaparkan plot komedi yang ‘cringe’ dan terlalu memaksa.

image is not available

Malahan ada juga yang menjelaskan bahawa tiada keserasian antara dua watak utama tersebut dan mendakwa watak Lee Yoo-young adalah terlalu tua untuk Kim Myung-soo.

Meskipun ramai yang kecewa namun ada juga penonton yang mempunyai pendapat sebaliknya dan menyatakan bahawa mereka seronok menonton drama ini.

Apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.