“Ditinggalkan tepi jalan” – Hos TikTok ‘Live’ Hilang, Tidak Ingat Apa Berlaku Ketika Ditemui

Entertainment
1 Oct 2024 • 11:32 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, tular di media sosial di mana seorang gadis dilaporkan hilang ketika pulang dari tempat kerjanya.

Difahamkan, gadis yang dikenali sebagai Tasya dan bekerja sebagai pengacara TikTok live itu, membalas mesej WhatsApp sebelum tiba-tiba mendiamkan diri kira-kira jam 8 malam semalam.

Dalam pukul 10 malam, keluarganya memutuskan untuk membuat laporan polis selepas beberapa jam tiada respon daripada gadis berkenaan. Mulanya, pihak polis tidak mahu mengambil laporan kerana masih belum 24 jam hilang namun akhirnya laporan berjaya dilakukan.

Pagi hari ini, kenalan mangsa membuat satu hantaran memberitahu dia sudah pun ditemui dengan selamat oleh seorang wanita yang dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Telefon bimbit hilang dan Tasya ditinggalkan di tepi jalan oleh satu kereta (ada perempuan dan lelaki) dan berada dalam keadaan tidak ingat apa berlaku,” tulisnya.

Difahamkan, gadis itu sudah dibawa ke balai polis serta hospital untuk siasatan serta pemeriksaan lanjut.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.