Dituduh hamil sebelum kahwin, Syasya Rizal ajak netizen jumpa di Padang Mahsyar

LocalEntertainment
29 Jan 2025 • 11:43 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Dituduh hamil sebelum kahwin, bekas anggota Dolla iaitu Syasya Rizal tampil membidas dakwaan yang dimuat naik menerusi hantaran di platform X.

Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman X, seorang individu mengeluarkan kenyataan mengenai bayi sulung Syasya atau nama sebenar , Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23.

Dakwa individu berkenaan, Syasya mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan Dolla setelah sah mengandung.

“Jadi, Syasya mengandung semasa dia meninggalkan Dolla.
“Dan perlu mengahwini ayah kepada bayi tersebut,”dakwa individu berkenaan.

image is not available

Dituduh hamil sebelum kahwin

Tidak berdiam diri, Syasya akhinya bersuara dan menjawab dakwaan tersebut di ruangan komen.

Syasya tidak mendiamkan diri sebaliknya menjawab di ruangan komen.

“Good fitnah. Jumpa di padang Mahsyar,”jawab Syasya ringkas.

image is not available

Sekadar info, Syasya majlis pernikahan dengan Nasrullah dalam satu majlis tertutup pada 21 April lalu dan mengumumkan tentang kehamilannya pada September lalu selepas kandungan memasuki trimester ketiga.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Yassir Hayyan pada 23 December 2024.

Sumber: X sya2rizal