Wanna Ali upload gambar bersama Fattah Amin, dikecam netizen kerana tidak sensitif

LocalEntertainment
13 Sep 2024 • 4:37 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Selepas berita mengenai perceraian Fazura dan Fattah Amin tersebar, pelakon Wanna Ali memuat naik gambar bersama Fattah di set penggambaran drama Lelaki Melayu Terakhir.

Bagaimanapun, tindakan Wanna itu mengundang perhatian netizen yang meluahkan rasa kurang senang dan menuduh pelakon itu tidak peka dengan kejadian yang baru menimpa pasangan selebriti berkenaan.

Netizen berpendapat, tindakan Wanna tidak sensitif. Dengan berita perceraian Fattah dan Fazura yang sedang hangat diperkatakan, mungkin lebih baik sekiranya Wanna tidak berkongsi gambar bersama Fattah.

“Better padam hantaran ini, tak sensitif langsung. Sekarang bukan masa yang sesuai,” kata netizen.

Namun, ada juga yang mempertahankan Wanna dan menjelaskan mungkin pelakon itu tidak tahu situasi yang sedang dihadapi oleh Fattah dan Fazura. Dan mungkin Wanna hanya menjalankan tugasnya dalam mempromosikan drama yang dilakonkan bersama Fattah, drama Lelaki Melayu Terakhir yang sedang ditayangkan di slot Samarinda TV3.

Terdahulu, Fazura dilaporkan telah memfailkan penceraian terhadap suaminya, Fattah Amin, di Mahkamah Syariah Petaling, Subang Bestari.