Dituduh Mencuri RM85 Jadi Punca Pelajar Kolej Vokasional Maut Dibelasah

24 Mar 2024 • 10:25 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kes buli di negara ini nampaknya semakin menjadi-jadi apabila pada Jumaat lalu, seorang pelajar kolej vokasional di Sabah maut dipercayai akibat dibelasah oleh rakan-rakan asramanya. Anda boleh baca artikel penuh tentang kes itu di sini.

Kes tersebut difahamkan telah berpunca daripada perselisihan faham dan mangsa, Muhd Nazmie Aizat Muhd Nazrul Azwan telah dituduh mencuri wang sebanyak RM85 daripada dua orang pelajar lain, lapor Sinar Harian.

image is not available

Hasil siasatan pihak polis telah mendapati telah terjadinya perselisihan faham antara penghuni-penghuni asrama lain dengan mangsa di mana mangsa telah dikatakan mempunyai kaitan dengan kehilangan wang di asrama di mana dua orang pelajar hilang duit sebanyak RM35 dan RM50.

Mangsa telah dituduh mencuri wang berkenaan dan itu telah menyebabkan dia dipukul oleh sekumpulan pelajar asrama tersebut.

Difahamkan, keterangan daripada 12 orang saksi bebas termasuk pengawal keselamatan, beberapa orang pelajar kolej, empat orang warden asrama telah diambil.

image is not available

Manakala 13 orang pelajar kolej tersebut yang telah ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes pukul sehingga mati itu difahamkan telah ditahan reman sehingga 29 Mac ini.

Ujian air kencing kesemua 13 suspek didapati bebas daripada dadah. Setakat ini, pihak polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat mangsa untuk mengetahui punca kematian.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.