Ditumbuk Gara-Gara Guna Baju Melayu, Pelajar Perempuan Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Guru Lelaki

12 May 2023 • 10:31 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tular mengenai kejadian pelajar wanita ditumbuk di bahagian muka gara-gara menggunakan baju Melayu di majlis ramah tamah sekolah

Ditumbuk Gara-Gara Guna Baju Melayu, Pelajar Perempuan Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Guru Lelaki. Tular mengenai kejadian di mana seorang guru lelaki didakwa menumbuk muka salah seorang pelajar perempuannya telah diselesaikan secara baik semalam.

Perkara itu disahkan oleh pemangku ketua polis daerah Supt Merbin Lisa ketika dihubungi.

image is not available
Ditumbuk Gara-Gara Guna Baju Melayu, Pelajar Perempuan Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Guru Lelaki. Kredit: Borneo Post

Memetik laporan daripada Borneo Post, laporan polis telah diterima mengenai kejadian itu dan laporan polis itu telah ditarik balik,

Kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan insiden itu secara aman

image is not available

Terdahulu, dilaporkan bahawa kakak mangsa telah memuat naik satu ciapan di Twitter mengenai kejadian tersebut.

image is not available
gambar sekadar hiasan

Dalam tweetnya, dia menjelaskan bahawa adik perempuannya ditumbuk di muka kerana memakai baju Melayu ke majlis Hari Raya di sekolah menengah di sini.

Baca lagi artikel menarik: