Dividen SSPN 2025 Diumum 4.10%, Semakan Penyata Mulai 7 Mei 2026

LocalPersonal Finance
6 May 2026 • 11:50 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Dividen SSPN ialah kadar pulangan atau “dividen” yang diberikan kepada akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) setiap tahun oleh PTPTN. Kadar dividen Simpan SSPN 2025 telah diumumkan pada kadar 4.10%, semakan penyata boleh dibuat melalui myPTPTN bermula 7 Mei 2026. Pengumuman kadar dividen telah disiarkan secara langsung melalui live streaming di Youtube PTPTNTV.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2025 pada ketetapan berikut:

Kadar Dividen SSPN 2026

Berita baik buat semua pendeposit Simpan SSPN!

Kadar dividen Simpan SSPN bagi tahun 2025 adalah sebanyak 4.10% akan memberi manfaat kepada 6.07 juta akaun pendeposit Simpan SSPN melibatkan anggaran peruntukan berjumlah RM505.68 juta. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dividen adalah sebanyak RM2.63 billion sejak Simpan SSPN diperkenalkan pada tahun 2004.

Tahniah kepada jutaan pendeposit Simpan SSPN yang terus setia menyimpan demi masa depan pendidikan anak-anak.

Dividen akan dikreditkan terus ke akaun Simpan SSPN kalian. Semakan penyata boleh dibuat melalui myPTPTN bermula 7 Mei 2026.

Teruskan menyimpan kerana setiap simpanan hari ini adalah langkah besar untuk masa depan mereka.

Image from: Dividen SSPN 2025 Diumum 4.10%,  Semakan Penyata Mulai 7 Mei 2026

Semakan boleh dilakukan melalui portal rasmi SSPN di: https://www.ptptn.gov.my/

Apa Itu Dividen SSPN?

Dividen SSPN ialah pulangan tahunan yang diberikan oleh PTPTN kepada pemilik akaun Simpan SSPN (SSPN‑i / SSPN‑i Plus) berdasarkan hasil pelaburan dana SSPN.

Kadar ini dikira berdasarkan baki simpanan SSPN‑i/SSPN‑i Plus yang aktif semasa proses agihan, kemudian dikreditkan secara automatik ke akaun pendeposit bermula sekitar 2 Mei.

Pendeposit boleh semak penyata dividen terkini melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my atau aplikasi myPTPTN.

Kadar Dividen SSPN 2025 & Sebelumnya

Berikut adalah senarai kadar dividen SSPN tahun-tahun lalu:

  • 2025: 4.10%
  • 2024: 4.05%
  • 2023: 3.60%
  • 2022: 3.05%
  • 2021: 3.00%
  • 2020: 4.00%
  • 2019: 4.00%
  • 2018: 4.00%
  • 2017: 4.00%

Dividen ini akan dikreditkan terus ke akaun Simpan SSPN.

Semakan Penyata SSPN

Penyata Akaun Simpan SSPN yang telah dikemaskini dengan dividen boleh disemak dan dicetak melalui portal rasmi PTPTN mulai 7 Mei 2026.

Sila layari https://www.sspn.com.my/ untuk membuat semakan.

Laman web SSPN Online dibangunkan oleh PTPTN untuk memudahkan pendeposit untuk membuat semakan penyata, penambahan deposit dan lain-lain.

Anda boleh rujuk panduan dibawah untuk membuat pendaftaran kali pertama. Jika anda telah mendaftar SSPN Online sila klik “Semakan Penyata” untuk akses.

Semakan juga boleh dilakukan secara manual dengan hadir sendiri ke cawangan PTPTN yang berdekatan atau di cawangan Maybank, RHB Bank dan Bank Rakyat.

Kadar Dividen SSPN 2025/2026 & Semakan Penyata Terkini

Cara Daftar SSPN

Bagi yang belum ada akaun SSPN dan berminat untuk mendaftar untuk anak-anak, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi SSPN melalui pautan https://www.sspn.com.my/
  2. Klik butang daftar. Anda boleh memilih sama ada untuk mendaftar akaun SSPN-i Plus atau SSPN Plus.
  3. Isikan maklumat anda selengkapnya.
  4. Masukkan kata laluan. Kata laluan sebaiknya merangkumi huruf besar, huruf kecil dan numbor, contoh: Sspn123456
  5. Sila sahkan kata laluan yang digunakan.
  6. Sila masukkan katalaluan yang telah dibuat semasa pendaftaran dilakukan.
  7. Setelah berjaya log masuk, pendeposit boleh terus membuat semakan berkenaan akaun SSPN.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti saluran berikut:

Soalan Lazim Dividen SSPN

Apa itu dividen SSPN?

Dividen SSPN ialah pulangan tahunan yang diberikan oleh PTPTN kepada pemilik akaun Simpan SSPN berdasarkan hasil pelaburan dana SSPN. Dividen ini dikira mengikut kadar yang diumumkan setiap tahun dan dikreditkan terus ke akaun SSPN anda.

Bila dividen SSPN diberikan?

Dividen SSPN untuk tahun 2025 akan diumumkan pada 6 Mei 2026 (Rabu). Pendeposit boleh semak penyata dividen melalui portal www.ptptn.gov.my atau aplikasi myPTPTN selepas tarikh tersebut.dividen sspn 2026

Siapa yang layak dapat dividen SSPN?

Anda layak jika memiliki akaun SSPN‑i/SSPN‑i Plus yang aktif pada masa agihan dividen dibuat. Akaun yang tersenarai dalam status aktif (tidak tertutup atau tidak sah) akan menerima dividen secara automatik.

Berapa kadar dividen SSPN terkini?

2023: 3.60%
2024: 4.05% (tertinggi dalam 10 tahun)
2025: 4.10%Image from: Dividen SSPN 2025 Diumum 4.10%,  Semakan Penyata Mulai 7 Mei 2026

Bagaimana PTPTN mengira dividen SSPN?

Dividen dikira berdasarkan:
– Purata baki bulanan terendah akaun SSPN dalam tahun berkenaan.
– Kadar pulangan pelaburan bersih dana SSPN yang ditetapkan oleh PTPTN.
Hasil pengiraan tersebut dikreditkan terus ke baki simpanan SSPN tanpa perlu tuntut.

Adakah dividen SSPN boleh dikenakan cukai?

Dividen SSPN tidak dikenakan cukai biasa, kerana SSPN adalah skim simpanan bersubsidi kerajaan. Namun, terdapat pelepasan taksiran cukai pendapatan tertentu untuk simpanan SSPN yang perlu dirujuk kepada panduan rasmi PTPTN dan LHDN.

Cara semak dividen SSPN?

– Log masuk ke portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) atau aplikasi myPTPTN.
– Pergi ke Penyata Akaun SSPN atau bahagian Simpan SSPN untuk melihat dividen tahunan yang telah dikreditkan.

View Original Article