DJ Kidd Akhirnya Buka Mulut! Akui Sudah Tidak Bersama Emma Maembong

EntertainmentLifestyle
17 Mar 2026 • 8:58 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tiada angin tiada ribut deejay kelab malam, DJ Kidd tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui dia tidak lagi bersama pelakon Emma Maembong.

Menerusi Threads, DJ Kidd menjelaskan perkara itu kerana dia sering ditanya oleh orang ramai mengenai status hubungan mereka.

Salam satu Malaysia. Di sini saya nak memaklumkan, di mana saja saya berada, orang sibuk tanya saya, di manakah pasangan saya.

Saya berbesar hati ingin memberitahu yang saya tidak lagi bersama dia. Jadi saya harap tiada lagi persoalan selepas ini.

Doakan kebahagiaan Emma Maembong

image is not available

Dalam kenyataan sama, DJ Kidd turut mendoakan yang terbaik buat Emma walaupun hubungan mereka sudah berakhir.

Dan saya juga mendoakan kebahagiaan dia bersama siapa jua dia bersama. Amin.

Hubungan pernah undang perhatian ramai

image is not available

Walaupun DJ Kidd tidak menyebut nama Emma secara langsung, ramai netizen percaya kenyataan itu merujuk kepada pelakon tersebut.

Sebelum ini, Emma pernah mengakui dia sedang berkawan rapat dengan DJ Kidd dalam satu temu bual bersama media.

Hubungan mereka mula menjadi perhatian netizen sejak kira-kira setahun lepas.

Pssttt! Dalam hubungan, tidak semua kisah berakhir seperti yang dirancang. Hormati keputusan masing-masing dan doakan kebahagiaan walaupun tidak lagi bersama.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post DJ Kidd Akhirnya Buka Mulut! Akui Sudah Tidak Bersama Emma Maembong appeared first on Oh! Media.