DJI Bakal Lancar Produk Baharu Pada 18 November 2025 – Dijangka Osmo Action 6

TechnologyDigital
5 Nov 2025 • 12:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DJI berkongsi perancangan untuk melancarkan produk terbaharu mereka pada 18 November 2025. Meskipun butiran rasmi belum didedahkan, ramai yang menjangkakan bahawa pelancaran tersebut berkemungkinan besar melibatkan kamera aksi generasi baharu Osmo Action 6.

image is not available

Menguatkan spekulasi tersebut, video promosi pendek yang dikongsi oleh DJI memaparkan elemen yang menyerupai lensa kamera sekali gus menguatkan andaian bahawa produk baharu itu ialah kamera aksi. Dalam masa sama, DJI menggunakan tagline ‘Square Up, Nail the Move’ dalam kempen pemasarannya bagi menarik perhatian pengguna.

image is not available

Menurut sumber awal, peranti dijangka hadir dengan kamera 1.1 inci dan aperture boleh laras. Gabungan ini berpotensi meningkatkan prestasi cahaya rendah serta memberikan kawalan kedalaman yang lebih tepat. Sebelum ini, ciri seperti ini hanya terdapat pada kamera nircermin yang menjadikan peningkatan ini satu langkah signifikan dalam kategori kamera aksi.

image is not available
DJI Osmo Action 5

Selain itu, beberapa maklumat bocor turut mendedahkan bahawa peranti ini mungkin dilengkapi dengan dua skrin OLED, bateri 1950mAh dan sistem penstabilan generasi baharu RockSteady. Kesemua ciri ini akan dimuatkan dalam rekaan tahan lasak yang sudah sinonim dengan siri Osmo Action.