DJI Mic Mini 2S Akan Dilancarkan Pada 2 Julai 2026

TechnologyDigital
29 Jun 2026 • 11:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DJI Mic Mini 2S Akan Dilancarkan Pada 2 Julai 2026

DJI Mic Mini 2S mula diacah secara rasmi dengan tarikh pelancaran ditetapkan pada 2 Julai 2026 di China terlebih dahulu sebelum ditawarkan secara global. Model ini dijangka menjadi satu lagi versi menarik seperti DJI Mic Mini 2 sebelum ini. Meskipun masih mengekalkan elemen yang sama, namun ia dipercayai hadir dengan penambahbaikan khususnya pada aspek kosmetik melalui pilihan palet baharu yang ditawarkan.

Image from: DJI Mic Mini 2S Akan Dilancarkan Pada 2 Julai 2026

Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui rekaan bertekstur seakan berlian yang digunakan pada penutup magnetik, berbeza dengan rekaan kosong sekadar warna pada Mic Mini 2. Bentuk tubuhnya masih mirip dengan Mic Mini 2 tetapi hadir dalam saiz lebih kecil. Justeru, penjenamaan “S” digunakan bagi membezakannya dengan Mic Mini 2 namun ia masih mengekalkan kemampuan seperti model asal.

Image from: DJI Mic Mini 2S Akan Dilancarkan Pada 2 Julai 2026
DJI Mic Mini 2

Selain itu, ia hadir dengan storan dalaman 14.5GB untuk rakaman audio berterusan, sokongan rakaman dalam format 24-bit atau 32-bit serta pilihan rakaman dalam mod satu saluran (mono), 2 saluran (stereo) dan 4 saluran (quad-channel). Dalam masa sama, ia menyokong julat transmisi sehingga 400 meter, dilengkapi penapis hingar berasaskan kecerdasan buatan (AI) dengan dua tahap serta tetapan suara yang terdiri daripada Standard, Rich dan Bright.

Harga rasmi masih belum diumumkan, namun ia dijangka lebih tinggi berbanding Mic Mini 2. Peranti ini juga ditemui melalui laman persijilan SIRIM yang menandakan Malaysia turut akan menerima penawarannya kelak. Buat masa ini, mereka yang berminat boleh mendapatkan Mic Mini 2 terlebih dahulu dengan harga bermula RM239 sementara menunggu pelancaran rasmi Mic Mini 2S.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved