DKU Isytihar Dokumen 19 April Tidak Berperlembagaan

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 4:21 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

DKU Isytihar Dokumen 19 April Tidak Berperlembagaan

DKU Isytihar Dokumen 19 April Tidak Berperlembagaan

SEREMBAN,1 Ogos (Bernama) -- Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mengisytiharkan dokumen bertarikh 19 April lepas sebagai tidak berperlembagaan dan melanggar Perkara X Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS 1959).

Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan Raja Norazli Raja Nordin berkata keputusan itu dibuat menerusi persidangan DKU dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, semalam.

Beliau berkata persidangan DKU dihadiri Undang Luak Sungei Ujong Datuk Klana Petra Muhammad Faris Johari, Undang Luak Rembau Datuk Sedia Raja Hassan Ab Hamid dan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz menepati syarat seperti diperuntukkan di bawah Fasal 20 UUTKNS 1959.

“DKU selanjutnya menasihatkan dan memutuskan Datuk Mubarak Thahak, Datuk Maarof Mat Rashad dan Abdul Rahim Yasin telah terhenti daripada memegang atau tidak pernah secara sah memegang jawatan masing-masing.

“Undang Luak Sungei Ujong dan Undang Luak Jelebu telah diberhentikan menurut adat luaknya pada tarikh yang terpakai baginya, dan kononnya Undang Luak Rembau tidak pernah dilantik secara sah menurut adat, pelantikannya tidak pernah disempurnakan melalui Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:

Raja Norazli berkata individu tersebut tidak mempunyai apa-apa kuasa di sisi undang-undang untuk melaksanakan kuasa di bawah Perkara X UUTKNS 1959.

Pada mesyuarat itu, DKU turut menimbang dan menerima makluman Ibu Soko-Ibu Soko dan Anak-Anak Waris di Ayer Luak Sungei Ujong yang menyatakan penyandang pusaka Datuk Shahbandar Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid telah dilucut menurut adat Luak Sungei Ujong berkuat kuasa dari Khamis lepas.

Beliau berkata berikutan itu menurut Perkara XV (1) UUTKNS 1959, jawatan Datuk Shahbandar Sungei Ujong adalah dengan sendirinya kosong.

"DKU mengambil maklum proses bagi menyempurnakan pelantikan Datuk Shahbandar Sungei Ujong yang baharu mengikut Adat Luak Sungei Ujong belum lagi selesai," katanya.

Dalam perkembangan sama, DKU turut menguruskan aduan Luak Jelebu berhubung kesepakatan pendirian diambil oleh Waris, Anak Buah Dan Ibu Soko Waris Berundang Perut Kemin Teriang, Kemin Beringin dan Kemin Bemban untuk memecat Maarof selaku Undang Luak Jelebu ke-16 berkuat kuasa pada 31 Mei 2023 atas kesalahan adat yang dihuraikan.

“Maka dengan itu, jawatan Undang Luak Jelebu dengan sendirinya kosong dan sebarang tindakan dibuat oleh Datuk Maarof selepas tarikh 31 Mei 2023 dianggap tidak sah...dengan ini juga turut gugur Darjah Tertinggi Negeri Sembilan (DTNS) yang digunakannya semasa menyandang jawatan Undang Luak Jelebu,” katanya.

Pada mesyuarat yang sama, DKU turut menerima pengiktirafan Undang Luak Sungei Ujong Datuk Klana Petra Muhammad Faris Johari dan Undang Luak Rembau Datuk Sedia Raja Hassan Ab Hamid telah dilantik secara sah mengikut adat luak masing-masing.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved