“DM Saya” – Founder Christy Ng Tampil Bantu Mangsa Kebakaran Lepas Kisah Beg Tak Terjejas Dalam Kebakaran Tular

31 Mar 2026 • 2:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Satu perkongsian di TikTok mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendedahkan keadaan beg jenama tempatan, Christy Ng miliknya yang didakwa tidak terbakar walaupun rumahnya mengalami kebakaran teruk sehingga ‘total loss’.

Menerusi video tersebut, individu berkenaan menunjukkan keadaan beg yang masih dalam keadaan baik meskipun persekitaran rumah musnah dijilat api. Lebih mengejutkan, wang tunai berjumlah RM30 yang disimpan di dalam beg itu juga dilaporkan masih selamat.

Advertisement

Perkongsian itu segera menjadi tular dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang kagum dengan ketahanan beg berkenaan.

View this post on Instagram

image is not available

Dalam perkembangan sama, pengasas jenama Christy Ng turut tampil memberikan respon terhadap insiden tersebut dan meminta mangsa untuk menghubungi pihak mereka secara langsung bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Most likely we will send electrical appliances , new beds and furnish their whole house for them. Want to access the situation first” – Sumber

Difahamkan, pihak Christy Ng berhasrat untuk menilai situasi sebenar terlebih dahulu sebelum menyalurkan bantuan kepada mangsa, termasuk kemungkinan menyediakan kelengkapan rumah seperti peralatan elektrik, katil baharu dan perabot.

Tindakan tersebut turut mendapat pujian ramai yang menyifatkan ia sebagai satu usaha prihatin daripada jenama tempatan dalam membantu mangsa yang terkesan akibat kebakaran.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-03-27 15:57:41

Kim Seri Dedah Terima Tawaran Bedah Plastik Demi Bayar Hutang, Mahu Hidup Tenang - "Saya Dah Buat Macam-Macam.."

The post “DM Saya” – Founder Christy Ng Tampil Bantu Mangsa Kebakaran Lepas Kisah Beg Tak Terjejas Dalam Kebakaran Tular first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.