
Rumah Terbakar "Total Lost", Wanita Terkejut Duit Dalam Beg Tangan Christy Ng Masih Selamat
Setiap orang sebenarnya tidak pernah mengetahui bagaimana takdir hidup mereka akan berlaku.
Hari ini mungkin semuanya kelihatan baik-baik saja, namun esok lusa kita tidak tahu apa yang menanti.
Bencana pula tidak memilih siapa mangsanya, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia, latar belakang mahupun keadaan hidup.
Ada yang diuji dengan kehilangan besar, seperti rumah yang musnah terbakar dalam sekelip mata.
Kualiti jenama beg tangan lokal ni buat ramai terkejut
Menerusi video yang dikongsikan oleh @sssuuueeeeee di TikTok, wanita tersebut menunjukkan keadaan rumah yang telah hangus terbakar serta beberapa barangan peribadi yang masih sempat diperiksa.
Difahamkan, rumah yang terbakar itu merupakan milik sepupunya.
Kejadian yang berlaku di Gerik, Perak itu dipercayai berpunca daripada litar pintas dan menyebabkan kediaman tersebut mengalami kerugian sepenuhnya.

Walaupun hampir semua harta benda musnah, dia dan sepupunya berasa amat terkejut apabila mendapati sebahagian kecil barang masih dalam keadaan selamat, termasuk wang tunai berjumlah RM30 yang tidak terjejas.
Situasi tersebut turut mencuri perhatian ramai apabila beg tangan dari pengasas dan pereka, Christy Ng telah ‘menyelamatkan’ wang berkenaan.
"Kehadapan @Christy Ng, bag awak kalis api ke? Duit raya RM30 masih selamat walaupun rumah alami total lost," ujar @sssuuueeeeee.
Christy Ng 'muncul' di ruangan komen
Apa yang tidak dijangka, Christy Ng sendiri tampil di ruangan komen untuk membantu sepupunya. Beliau turut mengucapkan takziah serta memberi kata-kata semangat kepada mangsa yang terkesan akibat kejadian tersebut.
Beliau juga meminta supaya nombor telefon dihantar melalui mesej peribadi agar pasukan beliau dapat menghubungi dan menawarkan bantuan dengan segera.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat.
Bahkan ada yang meluahkan simpati serta berharap mangsa terus kuat menghadapi dugaan dan dapat membina semula kehidupan selepas insiden tersebut.
"Walaupun ditimpa musibah gelak ketawa tetap ada. Semoga dipermudahkan segala urusan ya saudari," komen seorang warga maya.
"Tabahnya awak semua, masih lagi ceriakan hati. Semoga Allah SWT gantikan yang terbaik untuk awak semua," komen seorang warga maya.
Baca juga:

