“Doakan Fatima semua…” – Fattah Amin Banyak Kali Cuba Jumpa Anak Tapi Gagal Sebab…

Entertainment
7 Mar 2025 • 12:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perceraian bukanlah sesuatu perkara yang mudah, banyak pihak yang terkesan dengan jika ianya berlaku.

Terbaru, pelakon terkenal Fattah Amin meminta orang ramai untuk mendoakan anaknya yang kini dalam keadaan kurang sihat.

Bagaimanapun, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 35, mendakwa gagal berjumpa dengan puterinya itu selepas beberapa kali membuat percubaan ke rumah bekas isteri, Nur Fazura.

image is not available

Menerusi laman Instagram miliknya, Fattah berkongsi gambar anaknya yang sedang diberikan ubat.

“Dah berapa kali Daddy datang tapi tak dapat jumpa Fatima. Kasihan Fatima tak sihat, mohon doakan Fatima semua,” tulisnya.

Dalam hantaran tersebut, pelakon yang juga juara Hero Remaja itu menangkap layar gambar anaknya menerusi Instagram anaknya yang dikawal bekas isteri, bagaimanapun tidak diketahui apakah penyakit yang sedang dialami puteri tunggalnya itu.

Sebagai info, Fattah dan Fazura bernikah pada 27 November 2017 namun bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.

Susulan perceraian itu, hak penjagaan anak menjadi milik Fazura manakala Fattah diberikan hak lawatan dan bermalam.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.