Doakan Syed Saddiq - Bella

LocalPolitics
30 Jun 2026 • 8:11 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Doakan Syed Saddiq - Bella
Bella tiba jam 7.55 pagi ditemani ahli keluarganya.
Image from: Doakan Syed Saddiq - Bella
Bella tiba di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada Selasa bagi mengikuti keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq.

PUTRAJAYA - Tunang Ahli Parlimen Muar, Bella Astillah tiba di Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa bagi mengikuti keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).

Pelakon dan penyanyi yang memakai baju kurung berwarna kuning, tiba jam 7.55 pagi sambil tersenyum manis dengan ditemani ahli keluarganya.

"Doakan," kata pelakon berusia 33 tahun itu ketika ditanya media mengenai harapan berhubung keputusan kes berkenaan.

Beliau kemudiannya menuju kamar mahkamah untuk bertemu dengan ibu bapa Syed Saddiq, yang terlebih dahulu tiba jam 7 pagi.

**media[3566493]**

Nasib Syed Saddiq bagi empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) bakal ditentukan pagi ini.

Keputusan yang dinanti-nantikan itu akan menentukan sama ada bekas Menteri Belia dan Sukan berusia 34 tahun tersebut kekal bebas atau kembali disabit dengan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.

Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah akan menyampaikan keputusan berkenaan selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak sebelum ini.

Prosiding itu merupakan medan rayuan terakhir bagi pendakwaan selaku perayu, sementara Syed Saddiq sebagai responden.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved