dobiQueen perkasa wanita melalui inisiatif kempen #timetoreconnect

Family & Parenting
6 Jul 2023 • 11:35 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

dobiQueen perkasa wanita melalui inisiatif kempen #timetoreconnect

zulfadli

06/07/2023 - 11:35

KUALA LUMPUR 6 Julai - dobiQueen Malaysia melancarkan kempen #timetoreconnect untuk menggalakkan kesedaran tentang tuntutan tenaga dan masa dalam kerja-kerja rumah, yang mana wanita disyorkan supaya bijak mengutamakan hubungan kekeluargaan yang kukuh.

Wanita sering mendapati diri mereka terbeban dengan tanggapan masyarakat bahawa kerja rumah adalah tanggungjawab mereka semata-mata, yang mungkin dipengaruhi didikan mereka.

Perkara yang sering tidak disedari adalah tugasan rutin dan mudah yang mana mengakibatkan tekanan fizikal dan mental, apatah lagi pelaburan masa yang besar yang mereka perlukan kira-kira 90 jam sebulan.

Pengasas Bersama dobiQueen, Nini Tan berkata, dahulu beliau sering melihat ibunya yang bekerja dan bergelut membahagikan masa antara kerja pejabat dan kerja rumah.

"Dia sentiasa keletihan selepas menyelesaikan kerja rumahnya, dan saya merasakan masa yang singkat bersamanya, yang mana memberi kesan secara drastik semasa saya membesar.

"Inilah sebabnya saya komited untuk menyampaikan perkhidmatan yang lancar dan berkesan melalui dobiQueen, dengan harapan mereka dapat mencipta lebih banyak #timetoreconnect dengan orang tersayang," katanya dalam kenyataan media di sini.

Terdahulu, kempen #timoreconnect mendapat sokongan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, bersama kerjasama ReKindle Therapy dan Caring Moms.

Didorong oleh keinginan berterusan untuk mengoptimumkan masa, Nini gigih merintis perkhidmatan yang diabaikan namun penting.

Inovasi terbarunya, Perkhidmatan Dobi 6 Jam oleh dobiQueen, merevolusikan industri di Malaysia. Pelanggan boleh menghantar pakaian mereka dengan mudah dan menerimanya semula, dibasuh, dikeringkan dan dilipat dengan sempurna dalam masa 6 jam sahaja.

Dalam menyokong inisiatif #timetoreconnect, dobiQueen menjemput semua wanita untuk meluangkan sedikit masa daripada jadual sibuk mereka dan membuka potensi untuk perubahan kecil namun memberi kesan dalam kehidupan mereka.

Ikuti @dobiqueen di instagram untuk melihat soalan, dapatkan idea tentang cara membina hubungan yang lebih kukuh dan mengambil bahagian secara aktif dalam perbualan ini. - DagangNews.com