Dogsplay Ialah TV Pintar Khusus Untuk Anjing

TechnologyDigital
4 Sep 2023 • 10:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adakah haiwan peliharaan di rumah menonton TV bersama anda? Sekiranya ya, Dogsplay ialah TV pintar yang telah direka khusus untuk digunakan oleh anjing peliharaan. Menurut pereka Dogsplay, anjing memerlukan aktiviti dan peranti ini dicipta untuk memastikan ia tidak kebosanan apabila berseorangan di rumah.

image is not available

Ia dilengkapi skrin FHD dengan pelbagai perkhidmatan penstriman disokong seperti Netflix dan YouTube. Pemilik boleh mengawal video apa yang boleh ditonton oleh anjing peliharaan di rumah. Sebuah kamera web juga disertakan bagi membolehkan pemilik menghubungi anjing menggunakan aplikasi telesidang. Skrin tidak akan terpasang sepanjang masa tetapi hanya diaktifkan apabila mengesan kehadiran anjing bagi menjimatkan penggunaan kuasa elektrik.

image is not available

Dogsplay mempunyai kaki tahan lasak untuk mengelakkan ia terjatuh dengan mudah dan boleh ditinggikan untuk baka anjing lebih besar. Kesemua kabel disorokkan bagi mengelakkan isu wayar berselirat dan terdapat alat kawalan jauh yang boleh diletakkan pada bahagian belakang Dosplay.

Pada waktu ini hanya versi untuk anjing ditawarkan dengan perancangan menawarkan juga versi untuk kucing. Bagi yang berminat Dogsplay sedang mengumpul dana menerusi laman biayasiswa pada harga $499 (~RM2322) sebuah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved