Doh Lembut Dengan Pelbagai Pilihan Topping, Anda Wajib Cuba Greek Donut Di Lukouhub Galacity Ini

18 Jan 2023 • 4:56 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Donut Greek yang lembut dengan topping yang menarik

Doh Lembut Dengan Pelbagai Pilihan Topping, Anda Wajib Cuba Greek Donut Di Lukouhub Galacity Ini. Pencinta dessert pasti tahu kewujudan loukoumades atau Greek donut bersaiz mini yang digoreng hingga keemasan serta rangup apabila digigit.

image is not available
Doh Lembut Dengan Pelbagai Pilihan Topping, Anda Wajib Cuba Greek Donut Di Lukouhub Galacity Ini. Kredit: Kuching Food Heaven

Secara tradisinya, Greek donut ini dihidangkan dengan merendamnya ke dalam sirap madu yang panas, ditaburkan dengan kayu manis serta dihiasi dengan walnut cincang atau biji-bijan panggang.

Pelbagai pilihan menu donut Greek yang sedap

Namun, kini anda boleh mendapatkan Greek donut ini yang telah diubah mengikut cita rasa pelanggan yang lebih moden.

Daripada topping yang tradisional seperti madu dan kekacang, kini anda boleh merasai loukoumades dengan topping yang menarik dan pelbagai.

image is not available

Untuk perkongsian kali ini, mari kami kongsikan kepada anda satu restoran iaitu Lukouhub yang menjual Greek donut yang lembut dengan pilihan pelbagai topping dan perisa seperti Nutella, matcha, hazelnut, Lotus Biscoff, Oreo dan banyak lagi.

Disyorkan untuk menikmatinya bersama gelato, kopi ataupun teh

Menariknya di Lukouhub ini, mereka menghidangkan donut Greek bersaiz ‘satu gigitan’ atau bite size yang digoreng hingga garing keemasan di luar, lembut dan gebu di dalam. Ia dihidangkan dengan beberapa sos dan topping yang memberikan anda kepuasan semasa menikmati manisan yang popular dan enak ini.

Dipadankan pula dengan seteguk teh ataupun kopi. Fuh, kombinasi yang menarik!

Sempena perayaan Tahun Baru Cina ini, pihak Lukouhub menawarkan Greek donut dengan inti puri nanas masam manis dengan coklat susu serta hirisan nanas di luar dan diakhiri dengan taburan gula aising.

image is not available

Nak lagi menarik, apa kata anda padankan Greek donut ini dengan homemade gelato yang sejuk dan berkrim daripada mereka.

Waktu operasi: 11 pagi hingga 11 malam

Lokasi: Galacity Prime Jalan Tun Jugah

Ketahui beberapa lagi tempat makan menarik sekitar Kuching: