Doktor Beri Amaran Bahaya Merokok Lepas Berbuka Puasa, Ini Sebabnya…

Health & Fitness
14 Apr 2023 • 1:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi perokok tegar, bulan puasa selalunya dijadikan antara bulan yang menjadi permulaan untuk mereka yang ingin berhenti merokok memulakan satu rutin baru yang lebih sihat.

Ini kerana pada bulan Ramadan, korang tak boleh merokok dan hanya boleh merokok apabila sudah berbuka nanti.

image is not available

Merokok lepas berbuka bahaya?

Namun begitu, hati-hati kalau korang memilih untuk ‘berbuka’ dengan merokok terlebih dahulu daripada menjamah apa-apa makanan kerana menurut Dr Samhan ia adalah amalan yang sangat membahayakan.

Menerusi perkongsiannya di Twitter, ada tiga kesan paling bahaya jika korang merokok sejurus selepas berbuka puasa.

1. Radang paru-paru

Ketika perut kosong, nikotin akan diserap dengan lebih banyak dan tinggi jumlahnya berbanding perut sudah terisi dengan makanan!

2. Kurang oksigen

Menurut Dr Samhan, kandungan bertoksik dalam rokok ini akan memasuki aliran darah dan menurunkan kadar oksigen dalam darah sekali gus mengakibatkan sel dalam badan korang kekurangan oksigen!

3. Gangguan pencernaan

Merokok dalam keadaan perut yang kosong juga akan mengakibatkan peningkatan kandungan asid dalam meningkat dan bertindak balas. Ini jelas-jelas akan mengganggu sistem pencernaan tubuh kita!

Meskipun kita kurang merokok pada bulan puasa, tetapi merokok sebaik sahaja berbuka puasa itu akan mengundang bahaya yang dahsyat kepada tubuh badan kita.

Jelas Dr Samhan lagi, selepas berpuasa 12 jam, tubuh kita memerlukan air, glukosa dan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Namun malangnya, tubuh kita diberikan pula ‘racun’ yang bertindak menghancurkan sistem dan fungsi organ.

Harap para perokok di luar sana take note akan teguran ini ya…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.