Doktor Cabul Remaja Perempuan Di Wad Kecemasan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

10 Jun 2024 • 4:15 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Cabul

Sebelum ini kami ada melaporkan yang seorang doktor disyaki cabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam wad kecemasan di Hospital Changkat Melintang, Perak. 

Terkini! Menurut laporan Berita Harian, doktor berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis. Sehingga kini suspek atau saksi masih belum dipanggil bagi membantu siasatan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah.

Sebelum ini, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Bota, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah pada jam 9.14 malam pada hari kejadian dan doktor berkenaan telah ditahan sehari selepas itu. 

Doktor itu didakwa mengganggu mangsa secara seksual ketika memberikan rawatan di wad kecemasan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.