“Doktor Dah Cabut Wayar-Wayar Di Mulut” – Tahap Kesihatan Bertambah Baik, A Aida Sudah Sedarkan Diri & Boleh Bercakap

EntertainmentHealth & Fitness
28 Sep 2025 • 6:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Difahamkan dari laporan mStar, penerbit dan pengarah dikenali ramai iaitu Datuk A Aida sudah sedarkan diri selepas hampir tiga hari ditidurkan.

Menurut rakan baiknya iaitu Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, A Aida tidak lagi memerlukan alat bantuan oksigen, malah sudah boleh bercakap seperti biasa.

Doktor sudah mencabut wayar-wayar di mulutnya dan dia tidak perlu lagi bergantung bantuan oksigen. A Aida juga sudah mula bercakap hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction)

Dalam pada masa yang sama, Izhar turut berterima kasih kepada semua pihak yang tidak berhenti mendoakan A Aida sewaktu dia dalam keadaan kritikal.

A Aida orang yang baik, jadi pasti ramai yang mendoakan kesejahteraannya

Sebelum ini, A Aida dilaporkan rebah selepas menjalani rawatan fisioterapi di sebuah pusat rawatan perubatan di Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

image is not available 2025-09-26 18:38:11

"Masa Dia Buat Rawatan, Serangan Jantung Datang" - Ameng Kongsi Keadaan A Aida, Darah Beku Di Jantung & Paru-Paru

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved