Doktor gigi, suami ditemui mati di kondominium

2 Jan 2024 • 8:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

SEREMBAN - Seorang doktor gigi dan suaminya yang juga warganegara asing ditemukan mati di rumah mereka di kondominium Jalan Keliling di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menerima maklumat mengenai kematian wanita berusia 31 tahun dan suaminya berusia 34 tahun itu pada jam 12.49 tengah hari.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua mereka merupakan suami isteri yang mana lelaki itu merupakan tenaga pengajar di sebuah sekolah antarabangsa Port Dickson manakala isterinya, doktor di sebuah klinik pergigian Linggi.

"Siasatan di tempat kejadian dan pemeriksaan pada tubuh badan si mati tiada sebarang unsur jenayah yang dikesan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, mayat pasangan tersebut dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat.

Ujarnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 012-7707282 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033222," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved