Mayat suami isteri ditemukan dalam rumah, polis klasifikasi sebagai mati mengejut

2 Jan 2024 • 9:32 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

SEREMBAN - Sepasang suami isteri ditemukan meninggal dunia di rumah mereka di kondominium Jalan Keliling dekat sini pada tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 12.49 tengah hari.

Beliau berkata, mangsa lelaki, 34, yang juga warga asing, merupakan tenaga pengajar di sebuah sekolah antarabangsa di Port Dickson, manakala isterinya, warga tempatan berusia 31 tahun, adalah doktor di sebuah klinik pergigian di Linggi.

“Siasatan di tempat kejadian dan pemeriksaan tubuh badan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat pasangan berkenaan dihantar ke bahagian forensik Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk bedah siasat,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 012-770 7282 atau Ibu Pejabat Daerah Seremban di 06-6033 222. - 2 Januari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved