Doktor Kanan Ditahan Selepas Sembilan Bayi Maut Di Hospital Bersalin

16 Jan 2026 • 12:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Doktor Kanan Ditahan Selepas Sembilan Bayi Maut Di Hospital Bersalin

Rusia — Dua doktor kanan ditahan susulan kematian sembilan bayi di sebuah hospital bersalin di Siberia pada awal Januari, lapor BBC.

Pihak Jawatankuasa Penyiasatan Rusia memaklumkan bahawa kesemua mangsa meninggal dunia ketika cuti panjang sambutan Tahun Baharu di Novokuznetsk. Kejadian berkenaan mencetuskan kemarahan dalam kalangan orang ramai.

Setakat ini, punca kematian tidak didedahkan.

Menurut jurucakap, Svetlana Petrenko, kesemua mangsa dilahirkan di Hospital Bersalin Novokuznetsk No 1 antara 1 hingga 12 Januari. Kematian pertama direkodkan pada 4 Januari lalu.

Tanpa perincian lanjut, pihak jawatankuasa memaklumkan bahawa ketua pegawai perubatan dan ketua unit rawatan rapi telah ditahan atas dakwaan melaksanakan tugas rasmi dan profesional secara tidak wajar dalam pengurusan serta penyediaan rawatan perubatan.

BACA: SARA Mula Disalurkan Kepada 3.1 Juta Penerima Bujang Hari Ini

BACA: Cuaca Sejuk Menyelubungi Pantai Timur, Rupanya Datang Dari Siberia

Difahamkan, kedua suspek memberi kerjasama terhadap siasatan yang dijalankan.

Pihak berkuasa kini sedang meneliti pertuduhan yang sesuai serta kemungkinan penahanan reman sebelum perbicaraan.

Sementara itu, pihak jawatankuasa turut menyiarkan video yang menunjukkan seorang lelaki diiring keluar serta seorang lagi menandatangani beberapa dokumen di hadapan pegawai beruniform.

Dalam pada itu, keterangan waris mangsa dan saksi telah diambil manakala beberapa bahan disita bagi membantu pengumpulan bukti tambahan.

Sembilan bedah siasat telah dijalankan.

Menerusi laporan agensi berita Interfax, Kementerian Kesihatan Kemerovo yang turut menjalankan siasatan mendapati kesemua mangsa mengalami jangkitan intrauterin yang serius.

Hospital berkenaan turut mengumumkan tidak lagi menerima pesakit berikutan peningkatan jangkitan pernafasan pada tahap luar biasa.

Menurut Bernama, 234 kelahiran direkodkan di hospital bersalin Novokuznetsk dari 1 Disember hingga 11 Januari. 17 daripadanya dalam keadaan amat kritikal.

“Di Novokuznetsk, sebuah bandar dengan populasi melebihi 500,000 orang, terdapat dua hospital bersalin yang beroperasi di bawah hospital bandar.

“Selepas penutupan sebuah daripadanya, semua ibu mengandung dipindahkan ke hospital bersalin yang satu lagi,” lapor agensi berkenaan.

BACA: Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta: Bung Moktar Dilepaskan, Kes Zizie Izette Diteruskan

BACA: “Paling Berkesan,” Lelaki Filipina Puji Sistem Pencen KWSP

BACA: Kertas Siasatan Kes Bekas PTD Dijangka Siap Isnin Hadapan – Azam Baki

Sumber: BBC, Bernama

The post Doktor Kanan Ditahan Selepas Sembilan Bayi Maut Di Hospital Bersalin appeared first on Siakap Keli.