
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Kemajuan dan kecanggihan teknologi pada masa kini sememangnya amat memudahkan kehidupan individu.
Antara teknologi yang paling mendapat sambutan adalah kecerdasan buatan (AI) seperti platform Google Gemini dan ChatGPT.
Dengan hanya bertanyakan soalan atau mengadu masalah, seseorang itu boleh mendapat jawapan dengan mudah tentang isu yang sedang dihadapi.
Malah, ada yang menganggap platform sebegitu sebagai ‘penyelamat’ kerana dapat memberi penyelesaian segera.
Namun hakikatnya, tidak semua maklumat dan jawapan yang dicadangkan oleh platform tersebut adalah tepat.
Doktor Kecewa Ada Pesakit Lebih Percaya ChatGPT, Enggan Terima Rawatan Hanya Mahu Ubat
Baru-baru ini, seorang wanita yang merupakan pengamal perubatan meluahkan rasa kecewa dengan sikap seorang pesakit yang mendapatkan rawatan di kliniknya.
Menerusi video dikongsikan oleh doktor tersebut di TikTok @dr.rusydina, dia berasa kecewa dengan pesakitnya yang hanya datang ke klinik mahu mendapatkan suntikan dan ubat semata-mata.
Apa yang menjadi perhatian adalah pesakit yang merupakan lelaki warga asing enggan mendapatkan konsultansi daripada doktor terlebih dahulu dan berkeras mahu ubat tersebut.
“Dia tak nak consult, dia nak bayar ubat sahaja. Ubat dengan suntikan yang dia minta itu adalah sejenis antibiotik.
“Antibiotik tak bolehla kita bagi je. Lagipun dia nak injection (suntikan). Jadi memang kenalah jumpa doktor.
“Tapi dia berkeras tak nak bayar consultation sebab dia tahu apa ubat dia nak. Saya cakap tak bolehla, kena bagitahu dulu apa penyakit you, baru kita bagi ubat apa yang dia minta,” kongsi doktor berkenaan.
Pesakit Rupanya Minta Ubat Untuk Sakit Kelamin
Akur dengan apa yang dikatakan oleh pihak klinik, pesakit berkenaan kemudiannya terus mendapatkan konsultansi daripada doktor.
Apa yang menjadi perhatian adalah ubat dan suntikan yang diminta rupanya berkaitan dengan penyakit jangkitan kelamin (STD).
“Saya tanya apa simptom yang dia ada. Dia kata dia ada lelehan daripada kemaluan dia dan berlaku beberapa bulan lalu.
Kongsi doktor itu lagi, pesakit berkenaan mendakwa telah membuat semakan dengan ChatGPT bagi mendapat ubatan yang disyorkan oleh platform tersebut.
Pesakit Nafi Ada Buat Hubungan Dengan Orang Lain Hingga Dapat Penyakit STD
Hasil pemeriksaan mendapati pesakit itu mengalami jangkitan Gonorea iaitu antara simptom STD.
Namun, pesakit tersebut menafikan dia ada membuat hubungan bersama orang lain sedangkan simptom itu sememangnya mempunyai kaitan dengan jangkitan yang dialami.
Doktor berkenaan kemudiannya menjelaskan kepada pesakit tentang penyakit yang dialami malah doktor turut menasihatkan agar pasangan lelaki berkenaan turut mendapatkan rawatan memandangkan ia boleh dijangkiti sekali lagi.
Pada masa yang sama, doktor tersebut menjelaskan dia akan memberi suntikan yang diminta serta ubat antibiotik lain yang lebih baik.
Tetap Berkeras Mahu Ubat Yang Dicadang Oleh ChatGPT
Namun, pesakit berkenaan sekali lagi menguji kesabarannya apabila tetap berkeras mahu ubat yang disarankan oleh ChatGPT.
“Menguji kesabaran aku betul tau. Generasi muda sekarang bergantung kepada ChatGPT tu macam kau tak payah belajar ikut cara lain.
“Kita ni pergi sekolah perubatan, pass exam, masa tu ChatGPT tak lahir lagi ye. Belajar ikut buku.
“Ye ChatGPT tu berguna tapi guna la ChatGPT tu untuk construct your knowledge (pengetahuan). Cara untuk belajar tu, masih lagi kena baca buku, baca jurnal.
“ChatGPT tu macam pembantu je, degil juga, dia nak juga ikut ChatGPT dia, siap reject antibiotic yang saya bagi. Ikut sangatla ChatGPT tu.
“ChatGPT tu kalau korang tanya, memang semua benda dia boleh jawab dan bagi output yang sangat impressive. Bukan nak kata salah, tapi dia bagi info yang tidak tepat,” katanya lagi.
@dr.rusydina Bila mbbs kau dicabar oleh chatgpt haha #grwm #ai #chatgpt #std #storytime ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Geram Dengar Luahan Doktor, Ada Yang Terlalu Bergantung Kepada ChatGPT
Perkongsian yang telah mendapat lebih 279,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang geram mendengar ragam pesakit doktor berkenaan.
Malah, ada yang meluahkan rasa pelik dan hairan dengan sikap sesetengah individu yang terlalu percayakan ChatGPT.
Bukan itu sahaja, ada yang turut berkongsi pengalaman berhadapan dengan situasi sama.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Itula Doktor, Pening Kadang Nak Melayan, Bila Kita Cakap Rawatan Macam Ini, Dia Kata Tiada Pun Dalam ChatGPT”

“Kenapa Dia Tak Minta Ubat Dekat ChatGPT Je”

“Generasi Muda (Tidak Semua) Buat ChatGPT Tu Macam Tuhan Diorang. Saya Sebagai Medical Receptionist Dekat Australia Selalu Gaduh Sebab Inilah”

“Guna ChatGPT Pun Kekadang Ada Trust Issue, Still Google Untuk Kuatkan Lagi Apa Yang ChatGPT Cakap”

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kongsi 8 ‘Prompt Rahsia’ Untuk Gali Info Di ChatGPT
Baca Artikel Berkaitan: Hasil Esei Guna ChatGPT ‘Soulless’, Tak Ada Idea Original – Kajian
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Minta ‘Bantuan’ ChatGPT Kerana Buntu Nak Masak Apa Jadi Perhatian [Video]
Source:


![Aksi Pemandu Gigih Kejar Rider Siap Ikut U-Turn Selepas Dilanggar Lari Curi Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)

![“Pernah Rasa Apa Dia Rasa” – Peniaga Sedekah Tauhu Bergedil Kepada Pelanggan Cilik Raih Pujian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)