Doktor Klinik Swasta Didakwa Cuba Hapus Bukti Lepas B*nuh Isteri & Anak Umur 5 Tahun

LocalPolitics
16 Jan 2026 • 6:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Seorang doktor yang bertugas di sebuah klinik swasta di Johor Bahru dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas dakwaan 4 jenis pertuduhan membunuh isteri dan anaknya sendiri pada hujung Disember lalu.

Tertuduh yang dikenali sebagai Chia Tong Hong, 34, hanya menggangguk faham selepas pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di dua Mahkamah Majistret di sini secara berasingan. Sumber melaporkan bahawa tiada sebarang pengakuan direkodkan tertuduh di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab dan Majistret A Shaarmini.

Bagi dua pertuduhan tersebut, Chia Tong Hong didakwa dengan niat membunuh isterinya Phun Lai Ling, 37, dan anak lelakinya, Aaden Chia Yee Heng, 5.

Ia dilakukan di sebuah rumah yang terletak di Jalan Perjiranan 11/12, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru kira-kira jam 9.50 malam hingga 10.34 malam, 30 Disember 2025.

image is not available

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan dirinya hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, namun begitu dia hendaklah dikenakan sebatan yang boleh sampai 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pun begitu, tertuduh tidak mengaku bersalah di hadapan Majistret Nabilah Nizam atas tuduhan untuk melupuskan kuku palsu isterinya itu dengan niat untuk mengelak daripada hukuman, di lokasi, masa dan hari yang sama.

image is not available

Oleh sebab itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 7 tahun dan hendaklah ada dikenakan denda terhadapnya, seandainya sabit kesalahan.

Pendakwaan itu telah dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sarah Siti Aisyah Mustapha Kamal, bersama Nurul Fatihah Mohd Nizam dan Siti Aishah Latif, manakala tertuduh diwakili peguam Bernard George.

image is not available

Sumber melaporkan bahawa tiada sebarang jaminan dibenarkan terhadap tertuduh kerana dia menghadapai kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Bernama, Sinar Harian, Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.