Doktor minta bersedia, Amyza Aznan bawa anak sulung balik rumah – “Hanya mengharap keajaiban”

LocalHealth & Fitness
23 Feb 2026 • 10:41 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Amyza Aznan mengambil keputusan membawa keluar anak sulungnya yang sedang dirawat akibat kanser paru-paru dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Isnin.

Bawa anak pulang rumah

image is not available

Menurut perkongsian di Instastory, Amyza, 49, tidak memperincikan sebab di sebalik keputusan berkenaan. Sebaliknya, dia memilih untuk berserah dan meletakkan harapan terhadap keajaiban buat anaknya, Andre Mikhail.

image is not available

“Terima kasih untuk harapan palsu selama setahun. Anak saya Andre Mikhail akan saya keluarkan dari hospital pada hari ini. Hanya mengharap keajaiban,” tulis Amyza.

Dalam pada itu, menerusi beberapa perkongsian lain memperlihatkan Amyza setia menemani Andre yang kelihatan lemah, malah memangkunya dengan penuh kasih sayang.

Dalam masa sama, dia turut memaklumkan pihak doktor telah menasihati keluarganya supaya bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

image is not available

“Saya sekarang berada di hospital, tolong doakan anak saya. Kepada sesiapa yang pandai, tolong ikhtiarkan dengan mungkin apa sahaja perubatan.
“Doktor suruh keluarga bersedia, Ya Allah tolonglah. Sesiapa yang bijak pandai, hebat dalam bidang selain hospital, tolong saya,” tambahnya lagi.

image is not available

Artikel lain: Alha Alfa ajak pembeli bersedekah, sumbang hasil jualan produk buat anak Amyza Aznan

Terdahulu, pada 15 Februari tahun lalu, Amyza memaklumkan bahawa Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga selepas tiga minggu menerima rawatan di Hospital Ampang.

Selepas itu, Andre dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan susulan.

Sumber: Instagram amyzaaznan