KUANTAN – Pakar Pediatrik KMI Kuantan Medical Centre (KMC), Dr Siti Noor Ali Shibramulisi dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat selepas berjuang melawan kanser usus.
Perkara itu dimaklumkan menerusi perkongsian pihak hospital dan komuniti setempat di media sosial yang turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah atas pemergian tersebut.
Difahamkan, Allahyarhamah telah menghidap penyakit berkenaan sejak Julai 2024.
Allahyarhamah yang dilahirkan pada 27 April 1970 dikenali sebagai seorang doktor berdedikasi serta disenangi dalam kalangan pesakit kanak-kanak dan ibu bapa di sekitar daerah ini.
Jenazah Allahyarhamah dibawa ke Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Indera Mahkota untuk disolatkan selepas solat Jumaat sebelum urusan pengebumian dijalankan.
Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Rangin sekitar jam 3 petang.
