Doktor Peribadi Kongsi Kisah Pantau Tun Mahathir Saat Getir – “Beliau Banyak Menangis, Tidak Banyak Bercakap”

30 Sep 2026 • 10:39 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kehadiran tiga petugas kesihatan berbeza kaum yang mendampingi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika istiadat pengebumian isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, mencuri perhatian ramai.

Gambar ketiga-tiga mereka yang tular di media sosial turut mengundang pelbagai reaksi warganet, khususnya selepas kisah di sebalik kehadiran mereka didedahkan.

Advertisement

Tun M

Felo Klinikal Kardiologi dan Pakar Perubatan Dalaman di Institut Jantung Negara (IJN), Dr Iskandar Mirza Amran, 40, berkata beliau ditugaskan untuk menjaga dan memantau keadaan Tun Mahathir sepanjang urusan pengebumian Allahyarham Tun Siti Hasmah.

Menurutnya, terdapat tujuh petugas dalam pasukan IJN yang merawat serta memantau kesihatan Tun Mahathir dan Allahyarham Tun Siti Hasmah.

Dr Iskandar turut mendedahkan bahawa sebelum itu beliau terlibat memberikan bantuan pernafasan kecemasan atau Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) kepada Tun Siti Hasmah selepas menerima panggilan kecemasan.

“Pada Ahad lalu, saya bertugas bagi syif 24 jam. Pada pagi semalam, kami dimaklumkan ada kod biru iaitu kecemasan membabitkan Dr Siti Hasmah.

“Saya antara individu yang dipanggil untuk melakukan bantuan pernafasan kecemasan atau Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) terhadap Dr Siti Hasmah sebelum beliau disahkan meninggal dunia.”

Selepas itu, Dr Iskandar ditugaskan untuk berada bersama Tun Mahathir sepanjang urusan pengebumian kerana beberapa doktor lain dalam pasukan berkenaan mempunyai prosedur penting yang perlu dijalankan.

View this post on Instagram

Katanya, beliau melihat sendiri kesedihan yang dialami Tun Mahathir ketika kehilangan insan yang telah menjadi teman hidupnya selama puluhan tahun.

“Saya lihat Dr Mahathir memang sedih. Beliau tidak banyak bercakap dan hanya menangis sepanjang masa.”

Dr Iskandar turut memeriksa keadaan Tun Mahathir bagi memastikan beliau tidak mengalami masalah kesihatan ketika melalui detik sukar tersebut.

“Saya ada bertanya keadaannya untuk periksa sama ada beliau ada mengalami sesak nafas atau sakit dada dan dimaklumkan Dr Mahathir tidak alami simptom berkenaan.”

Jururawat India, Juruterapi Cina Turut Temani Tun M

Dua lagi individu yang berada di sisi Tun Mahathir ialah seorang jururawat wanita berbangsa India dan juruterapi berbangsa Cina.

Dr Iskandar berkata, dia tidak menyangka gambar mereka bertiga akan tular dan menerima perhatian daripada orang ramai.

Malah, beliau menerima banyak mesej daripada orang awam yang mengucapkan terima kasih kerana menjaga Tun Mahathir sepanjang istiadat pengebumian tersebut.

“Tidak dinafikan persepsi masyarakat terhadap doktor agak merosot kebelakangan ini atas pelbagai faktor. Namun, hantaran tular itu menukar persepsi orang ramai.”

“Ramai pihak menghubungi saya mengucapkan terima kasih kerana menjaga Tun Mahathir. Saya rasa gembira apabila kehadiran kami mengubah persepsi negatif terhadap doktor.”

Bagi Dr Iskandar, penghargaan tersebut membuatkan segala kepenatan selepas bertugas dalam tempoh yang panjang terasa berbaloi.

“Apabila menerima ucapan terima kasih serta penghargaan daripada orang ramai, saya rasa penat lelah bertugas kira-kira 40 jam semalam amat berbaloi,” katanya.

Allahyarham Tun Siti Hasmah meninggal dunia di IJN pada usia 100 tahun dan selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, selepas solat jenazah di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Serdang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Doktor Peribadi Kongsi Kisah Pantau Tun Mahathir Saat Getir – “Beliau Banyak Menangis, Tidak Banyak Bercakap”2026-09-30 10:10:57

(TERKINI) Tun Dr Mahathir Mohamad Dimasukkan Ke IJN - Mukhriz

The post Doktor Peribadi Kongsi Kisah Pantau Tun Mahathir Saat Getir – “Beliau Banyak Menangis, Tidak Banyak Bercakap” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved