“Ramai Yang Join, Bagus Anak Muda!” – Komuniti Roblox Anjur Majlis Bacaan Yasin Buat Tun Dr Hasmah Raih Pujian [Video]

LocalGaming
30 Sep 2026 • 6:32 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kehilangan “ibu negara”, Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohamad Ali dirasai semua rakyat Malaysia tidak kira golongan umur termasuklah anak-anak muda.

Setiap individu menzahirkan rasa dukacita mereka dengan cara berbeza, sama ada dengan menziarahi pusara dan keluarga, menitipkan doa, berkongsi kebaikan arwah di media sosial dan pelbagai cara lain.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai apabila sekumpulan anak muda iaitu komuniti pemain dari Malaysia di game online popular, Roblox telah menganjurkan sebuah majlis bacaan Yasin secara maya.

Pemain Berhimpun Di Padang Bagi Sedekahkan Bacaan Yasin Kepada Tun Dr Hasmah Secara Online

Dalam video strim siaran langsung (Live) dimuat naik di laman YouTube Hilmi Stone, kelihatan karakter para pemain telah berkumpul di sebuah padang bagi bersama-sama mengimarahkan majlis tersebut.

Dalam video itu, kelihatan karakter duduk di atas tikar disediakan sambil memegang kitab suci al-Quran untuk membaca Surah Yasin secara berjemaah.

Menerusi strim sama, kedengaran audio alunan bacaan Yasin dipasang pada minit 42.11 siaran langsung itu.

View on Threads

Kanak-kanak Lelaki Ketuai Bacaan Doa Buat Ahli Keluarga Tun Dr Hasmah

Malah kelihatan juga potret Tun Dr Siti Hasmah terpapar pada skrin di pentas utama dalam server Roblox berkenaan.

Lebih menyentuh hati apabila kendengaran suara seorang kanak-kanak lelaki yang mengetuai bacaan doa buat keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kehilangan sosok insan tersayang.

Baca Artikel Berkaitan: Tun Dr Siti Hasmah Meninggal Dunia Di IJN Pagi Ini, Hembus Nafas Terakhir Pada Usia 100 Tahun

Baca Artikel Berkaitan: “Malam Tadi Dia Baik Sahaja”- Tun M Akui Tak Sangka Tun Hasmah Meninggal Dunia [Video]

View on Threads

“Siapa Yang Tiada Adab Tak Boleh Join” – Emcee Majlis

Apa yang lebih mendapat perhatian adalah setiap komuniti menitikberatkan tentang adab setiap individu yang menyertai majlis secara maya bagi menghormati Tun Dr Hasmah.

“Jika anda tidak mempunyai adab, anda tidak boleh menyertai majlis ini. Jangan mengganggu majlis,” kata seorang pemain yang dipercayai merupakan pengacara majlis (emcee) berkenaan.

Majlis tersebut diakhiri dengan acara bergambar yang mana hampir semua peserta diminta posing sambil memegang Jalur Gemilang.

Image from: “Ramai Yang Join, Bagus Anak Muda!” – Komuniti Roblox Anjur Majlis Bacaan Yasin Buat Tun Dr Hasmah Raih Pujian [Video]
Sumber: YouTube Hilmi Stone

Komuniti Roblox Pernah Anjur Program World Quran Hour & Tunjuk Solidariti Terhadap Palestin

Kita boleh lihat platform Roblox kini bukan sahaja menawarkan hiburan dan permainan semata-mata tetapi ruang sosial di mana komuniti yang tidak mengenali satu sama lain boleh berinteraksi serta berkongsi minat dan pandangan masing-masing mengenai sesuatu isu.

Untuk info, sebelum ini, pernah tular juga di media sosial apabila komuniti Roblox menganjurkan program World Quran Hour dan protes bagi menunjukkan solidariti bersama warga Palestin.

Ramai Netizen Puji Usaha Komuniti Roblox Malaysia Anjur Majlis Bacaan Yasin Buat Tun Dr Hasmah

Menjengah ke ruangan balas Threads, rata-rata orang ramai memuji dan kagum dengan insiatif generasi muda yang menggunakan teknologi serta kecanggihan permainan digital untuk menganjurkan majlis keagamaan tersebut.

“Sesetengah orang mungkin rasa benda ni lawak, tapi sebenarnya sangat comel. Saya rasa kalau arwah masih ada mesti dia pun akan gembira. Jom hargai generasi muda yang buat kebaikan dalam hidup mereka,” kata seorang individu.

“Bagi mereka (komuniti Roblox) hargai (Tun Dr Hasmah) ikut cara era diorang. Berbeza tapi tiada apa yang salah,” ujar seorang wanita.

‘Syabas Kerana Buktikan Roblox Boleh Guna Untuk Tujuan Kebaikan’ – Netizen

Malah ramai juga memuji pemain yang menggunakan Roblox untuk tujuan kebaikan.

“Saya tak mahir benda-benda alam maya cuma sebelum ni saya ada baca perkara teruk-teruk berlaku dalam Roblox. Syabas semua yang terlibat kerana membuktikan Roblox boleh sahaja digunakan untuk kebaikan.

“Semuanya bergantung kepada niat pengguna. Semoga Allahyarham dirahmati Allah dan ditempatkan bersama golongan orang beriman dan soleh,” titip doa seorang warganet.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: “Ramai Yang Join, Bagus Anak Muda!” – Komuniti Roblox Anjur Majlis Bacaan Yasin Buat Tun Dr Hasmah Raih Pujian [Video]
Image from: “Ramai Yang Join, Bagus Anak Muda!” – Komuniti Roblox Anjur Majlis Bacaan Yasin Buat Tun Dr Hasmah Raih Pujian [Video]
Image from: “Ramai Yang Join, Bagus Anak Muda!” – Komuniti Roblox Anjur Majlis Bacaan Yasin Buat Tun Dr Hasmah Raih Pujian [Video]
Image from: “Ramai Yang Join, Bagus Anak Muda!” – Komuniti Roblox Anjur Majlis Bacaan Yasin Buat Tun Dr Hasmah Raih Pujian [Video]
Image from: “Ramai Yang Join, Bagus Anak Muda!” – Komuniti Roblox Anjur Majlis Bacaan Yasin Buat Tun Dr Hasmah Raih Pujian [Video]
Image from: “Ramai Yang Join, Bagus Anak Muda!” – Komuniti Roblox Anjur Majlis Bacaan Yasin Buat Tun Dr Hasmah Raih Pujian [Video]
Image from: “Ramai Yang Join, Bagus Anak Muda!” – Komuniti Roblox Anjur Majlis Bacaan Yasin Buat Tun Dr Hasmah Raih Pujian [Video]
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Roblox Perkenal Ciri Keselamatan Baharu, Sekat Kanak-Kanak Dari ‘Sembang’ Dengan Orang Dewasa

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved