
KUALA LUMPUR – Raut wajah Tun Dr Mahathir Mohamad selepas kehilangan isterinya, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, kembali mencuri perhatian ramai apabila sebuah video memaparkan keadaan beliau dikongsikan di Threads.
Video berkenaan asalnya dimuat naik oleh pengguna Threads @ainaa.nadiajalill, sebelum dikongsi semula oleh @shazwani.rosly menerusi satu hantaran yang kini meraih lebih 64,000 tontonan.
Dalam video itu, Tun Dr Mahathir dilihat berada di atas kerusi roda, dikelilingi ahli keluarga dan individu yang membantunya.
Raut Wajah Tun M Jadi Perhatian
Perkongsian tersebut turut disertai ucapan agar Tun Dr Mahathir diberikan kekuatan untuk melalui hari-hari sukar selepas pemergian insan yang menemaninya selama tujuh dekad.
Antara komen yang menarik perhatian menyifatkan kehilangan itu sebagai sesuatu yang amat berat selepas puluhan tahun bersama.
“Teman bergurau, teman bergaduh dah tiada,” tulis seorang pengguna.
Seorang lagi berkata, wajah Tun Dr Mahathir yang selama ini dilihat ceria ketika aktif melakukan pelbagai kegiatan kini kelihatan berbeza.
“Rupanya muka brave and cheeky Tun selama I hidup almost 50yrs ni sebab Tun Dr Hasmah’s presence. I’ve never seen him like this my whole life,” tulisnya.
Ada juga pengguna yang menyifatkan kehilangan selepas 70 tahun bersama bukan sesuatu yang mudah untuk diterima.
“70 tahun bukan masa yang singkat,” tulis seorang lagi pengguna.
Netizen Turut Tersentuh
Dalam ruangan komen, ramai meluahkan rasa sebak melihat keadaan Tun Dr Mahathir.
Antara komen lain turut menyifatkan seolah-olah sebahagian daripada jiwa Tun Dr Mahathir turut pergi bersama kehilangan insan yang selama ini berada di sisinya.
Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 28 September lalu pada usia 100 tahun.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1956 dan telah bersama selama 70 tahun. – The Malaysian Update
The post Raut Wajah Tun M Selepas Kehilangan Tun Hasmah Buat Ramai Tersentuh, Video Raih Lebih 64,000 Tontonan appeared first on The Malaysian Update.





