Xbox Generasi Seterusnya Bakal Hadir 2028 Dengan Cip ARM

TechnologyDigital
19 Sep 2023 • 2:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain maklumat mengenai konsol Xbox Series X tanpa pemacu cakera, turut tertiris ialah pelan jangka masa panjang Microsoft untuk siri konsol Xbox. Berdasarkan grafik yang tertiris, konsol Xbox yang seterusnya akan muncul pada tahu 2028, lapan tahun selepas Series X dan Series S dilancarkan.

image is not available

Microsoft juga dilihat akan mempertimbangkan penggunaan cip ARM menggantikan sistem X86-64 yang digunakan sekarang. CPU ARM akan dipadankan kepada GPU AMD atau GPU yang dibangunkan dengan kerjasama AMD. GPU akan terus menyokong ray tracing serta berkemampuan melakukan penaiktarafan grafik menggunakan pembelajaran mesin sama seperti DLSS 3.5 pada GPU NVIDIA RTX sekarang.

image is not available

Selain itu terdapat teks mengenai permainan hibrid di awanan yang boleh diakses oleh pengguna. Microsoft juga berminat untuk mengkaji penggunaan AI untuk menguji permainan video serta penjanaan kandungan. Semua ini masih di peringkat perancangan sahaja. Sejauh manakah konsol ini akan mengalami perubahan akan diketahui pada tahun 2028 kelak.

image is not available