Rekaan Xbox Series X Tanpa Pemacu Cakera Tertiris – Bakal Hadir 2024

TechnologyGamingDigital
19 Sep 2023 • 2:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft akan melancarkan konsol Xbox Series X baharu tanpa pemacu cakera tahun hadapan menurut dokumen yang difailkan menerusi FTC. Konsol dengan kod nama Brooklyn ini juga kini berbentuk silinder seperti Mac Pro asal menggantikan rekaan empat segi yang digunakan sekarang.

image is not available

Dengan pelancarannya tahun hadapan, X Box akhirnya mempunyai penawaran yang sama seperti Series S dan konsol PS5 Digital. Tanpa pemacu kesemua permainan perlu dimuat turun tetapi aneh sekali dokumen menunjukkan harga jualan masih sama dengan versi dilengkapi pemacu cakera iaitu $499 sebuah.

image is not available

Ia mengekal cip pemproses 12 TFlops serta 16GB RAM. Storan yang ditawarkan ialah 1 ataupun 2 TB. Selain itu menurut Microsoft konsol baharu adalah lebih mesra alam kerana menggunakan bahan yang lebih lestari dan dikitar semula. Disamping itu PSU juga kurang menggunakan kuasa berbanding generasi terdahulu.

Sebagai pengguna di Malaysia walaupun konsol baharu tanpa pemacu ini menarik ia tidak bermakna sekiranya Microsoft enggan menyokong Xbox secara rasmi di Malaysia.